Transcription

Bab 5Rumusan, Perbincangan dan CadanganPendahuluanBab ini membincangkan tentang dapatan kajian yang dibentangkan dalam bab empat.Perbincangan dibuat dalam lima bahagian merangkumi ringkasan kajian, perbincangandapatan kajian, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan rumusan. Bahagian pertamaadalah ringkasan kajian yang menjelaskan ringkasan kajian yang dilakukan meliputipenyataan masalah, tujuan kajian, metodologi kajian, pemilihan sampel dan lokasi kajian,kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data.Seterusnya bahagian kedua adalahperbincangan dapatan kajian yang merangkumi dapatan kajian setiap fasa, dapatan analisiskeperluan fasa pertama, dapatan teknik Deplhi Ubahsuaian dua pusingan dalam fasa rekabentuk dan pembangunan, dan dapatan temubual separa struktur fasa penilaiankepenggunaan. Manakala implikasi kajian merangkumi implikasi teoritis kajian dan implikasiamalan yang merangkumi implikasi terhadap kurikulum bahasa Arab di IPG serta cadangancadangan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, IPG Malaysia (IPGM), pensyarah IPGdan pelajar. Akhirnya, di samping rumusan penyelidik mencadangkan beberapa cadangankajian lanjutan yang boleh dilaksanakan oleh penyelidik-penyelidik akan datang.252

Ringkasan KajianKajian ini berasaskan sistem pembelajaran bagi subjek pendidikan bahasa Arab di InstitutPendidikan Guru (IPG) yang melibatkan pembelajaran berbentuk kuliah, tutorial dan ISL(Independence Self Learning) yang memerlukan satu bentuk modul yang terancang dankomprehensif. Teknologi Mudah Alih dilihat berpotensi digabungkan dalam sistempembelajaran di IPG. Kombinasi modul yang terancang dan teknologi mudah alih menuntutpembangunan modul pembelajaran yang menepati sistem pembelajaran di IPG. Maka tujuanutama kajian ini adalah untuk membangunkan modul m-pembelajaran bahasa Arab di IPG.Kajian ini telah dijalankan dalam tiga fasa. Fasa pertama kajian adalah kajian analisiskeperluan. Data dikumpulkan menerusi instrumen soal selidik 5 skala Likert yang melibatkan150 pelajar dan 30 pensyarah IPG dari empat IPG di zon utara Malaysia. Fasa kedua ialahfasa reka bentuk dan pembangunan modul m-pembelajaran bahasa Arab (m-Mu‟allim) di IPGyang merupakan bahagian utama kajian. Data reka bentuk dikumpulkan menerusi TeknikDelphi dua pusingan yang melibatkan panel pakar terdiri daripada tiga kategori iaitu 5 pakarkurikulum dan reka bentuk pengajaran, 5 pakar teknologi pendidikan dan 5 pakar matapelajaran pendidikan Bahasa Arab. Fasa ketiga kajian ialah fasa penilaian kepenggunaandaripada retrospeksi pengguna. Responden melibatkan pengguna yang terlibat secaralangsung dalam fasa penilaian iaitu dua orang pensyarah bahasa Arab dan 10 orang pelajar.Fasa analisis keperluan melibatkan instrumen soal selidik berstruktur yang diubahsuaioleh pengkaji berdasarkan instrumen soal selidik kajian reka bentuk kurikulum mpembelajaran (Ahmad Sobri, 2009). Sebelum soal selidik fasa analisis keperluan ditadbir,soal selidik diberikan kepada 4 orang pakar rujuk bidang kurikulum dan penilaian untuk253

menentukan kesahan kandungan (content validity). Seterusnya, kajian rintis dijalankandengan melibatkan 30 orang pelajar PISMP Semester 5 di Institut Pendidikan Guru KampusDarul Aman. Penambahbaikan terhadap soal selidik dilakukan berdasarkan maklum balasdaripada kajian rintis tersebut.Fasa Reka Bentuk dan pembangunan modul melibatkan Teknik Delphi dalam kajianini melibatkan tiga peringkat; peringkat pembentukan instrumen Delphi, Teknik Delphipusingan pertama dan Teknik Delphi pusingan kedua. Dalam fasa reka bentuk, instrumensoal selidik melibatkan Teknik Delphi dua pusingan. Instrumen kajian diubahsuaiberdasarkan contoh soal selidik daripada kajian Delphi ( Feridah Mohd Nazar, 2003;Rusilawati Othman, 2007; Zaharah Hussin, 2008; Ahmad Sobri Shuib, 2009; Norlidah Alias,2010). Soal selidik ini dibina berdasarkan dapatan fasa analisis, model pembinaan modulSidek dan model Instructional Sistem Design (ISD) . Soal selidik dalam peringkatpembentukan instrumen Delphi merupakan soal selidik berstruktur yang digabungkan dengansoalan terbuka untuk mendapatkan maklumat tentang reka bentuk modul m-pembelajaranbahasa Arab (M Mu‟allim) di IPG. Ia merangkumi objektif pembelajaran, alat penilaian,strategi pembelajaran, bahan pembelajaran dan bentuk penilaian.Soal selidik Delphi pusingan pertama dan kedua berbentuk soalan selidik berstruktur.Dalam pusingan pertama Delphi, soal selidik dalam peringkat pembentukan instrumen Delphidiubahsuai dan dimasukkan item-item yang dicadangkan pakar dalam soalan terbuka. Dalampusingan kedua pula, pengkaji akan menyusun soalan penyataan mengikut rating tertinggibagi setiap bahagian hasil dapatan pusingan pertama. Di hujung setiap soalan ditunjukkanmedian yang diperoleh. Skor median untuk setiap item ditandakan “X” pada skalanya. sebutdanmenilaisemulamenggunakan 4 skala Likert.254

Kajian fasa penilaian menggunakan Model TUP (Roman Bednarik, 2002) . Iamelibatkan instrumen temu bual semi-struktur kerana bilangan sampel yang sedikit. Iamelibatkan peringkat sebelum pelaksanaan modul dan peringkat selepas pelaksanaan modul.Dalam peringkat pertama, soalan temu bual berkaitan latar belakang demografi, pengalaman,kemudahan dan kemahiran menggunakan teknologi mudah alih. Dalam peringkat kedua pula,temu bual berkaitan tiga aspek dalam Model TUP (teknologi, kepenggunaan danpembelajaran), kekuatan dan kelemahan modul. Penilaian dibuat menggunakan Model TUP(Roman Bednarik, 2002). Model ini dipilih kerana model ini sesuai digunakan untuk menilaisesuatu modul secara keseluruhan mengikut pembahagian yang lengkap dalam aspekteknologi, kepenggunaan dan pembelajaran.Analisis data untuk ketiga-tiga fasa dalam kajian menggunakan perisian StatisticalPackage for Social Science (SPSS) versi 14.0. Dalam fasa pertama kaedah tinjauan yangmenggunakan instrumen soal selidik digunakan untuk menjawab soalan kajian yang pertamadan kedua. Analisis kekerapan dan min digunakan untuk menentukan apakah keperluandalam reka bentuk modul m-pembelajaran Bahasa Arab di IPG (M Mu‟allim) mengikutpandangan pelajar dan pensyarah yang terlibat.Untuk fasa kedua, data-data dianalisis menggunakan median dan julat antara kuartil.Interkuartil range digunakan untuk melihat perbezaan pendapat panel pakar dalam setiappusingan dan Wilcoxon matched-pairs signed-test digunakan untuk menentukan adakahterdapat perbezaan signifikan antara pusingan. Ia bagi membolehkan interpretasi terhadapkonsensus bagi setiap item dilakukan.255

Fasa ketiga yang melibatkan penilaian kepenggunaan melibatkan analisis dapatansecara kualitatif. Analisis data temu bual dibahagikan kepda tiga bahagian berdasarkan modelTUP; teknologi, kepenggunaan dan pembelajaran. Responden untuk temubual fasa penilaianhanya melibatkan dua orang pensyarah dan sepuluh orang pelajar yang dipilih secara rawak.Fasa ini ialah untuk menjawab soalan kajian yang terakhir.Perbincangan Dapatan KajianBahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu perbincangan dapatan analisiskeperluan, perbincangan dapatan kajian fasa reka bentuk dan pembangunan dan perbincangandapatan kajian fasa penilaian kepenggunaan.Perbincangan Dapatan Analisis KeperluanPerbincangan dapatan kajian dalam bahagian ini selaras dengan soalan kajian iaitu“Apakah keperluan M-Pembelajaran untuk pembelajaran Bahasa Arab di IPG?”. Berikutmerupakan perbincangan dapatan analisis keperluan.Dapatan soal selidik analisis keperluan yang telah dijalankan ke atas 180 respondenyang melibatkan pelajar dan pensyarah jurusan pendidikan bahasa Arab menunjukkanbahawa tahap kemahiran ICT pengguna berada pada tahap mahir dan sangat mahir. Tiadayang berada pada tahap tidak mahir. Selain itu, peratus pemilikan perkakasan teknologimudah alih di kalangan pelajar dan pensyarah adalah 100%. Malahan, 90% pensyarah dan73.3% pelajar di IPG memiliki data internet atau broadband berbayar. Dapatan tersebut256

menunjukkan tentang kesediaan yang tinggi pada pelajar dan pensyarah dari segi kemahirandan pemilikan perkakasan teknologi mudah alih bagi penggunaan teknologi mudah alihdalam pembelajaran. Dapatan ini selari dengan rumusan kajian Nabeel Farouq (2008) yangmenyatakan bahawa perkakasan teknologi mudah alih semakin diterima dalam sistempembelajaran di universiti. Perbandingan yang seiring di antara kemahiran ICT dan pemilikanperkakasan teknologi mudah alih memberi gambaran jelas tentang kesediaan dan keperluanmereka dalam mengaplikasikan teknologi mudah alih dalam sistem pembelajaran secaraterancang. Dapatan kajian ini mengukuhkan dapatan kajian Norlidah Alias (2010) dan kajianAhmad Sobri Shuib (2010) bahawa teknologi mudah alih sesuai digabungkan dalam sistempengajaran dan pembelajaran di Malaysia pada masa kini yang seiring dengan kerancakanera teknologi dunia.Seterusnya, dalam konteks tujuan penggunaan teknologi mudah alih daripadaretrospeksi pengguna, dapatan kajian menunjukkan bahawa mintujuan penggunaanteknologi mudah alih yang paling tinggi adalah interaksi sosial. Tujuan-tujuan yang menjuruskepada pembelajaran berada pada tahap min sederhana tinggi. Tujuan yang mendapat nilaimin yang terendah adalah kongsi bahan pembelajaran. Dapatan ini menunjukkan tentangandaian dan tanggapan pengguna teknologi mudah alih sebagai alat interaksi sosial.Tanggapan teknologi mudah alih sebagai alat interaksi sosial disokong dalam kajian JoshuaRovie Lee Daclan (2013) yang mengkaji tentang kesan aspek interaksional dalam sisteminteraksi sosial yang melibatkan teknologi mudah alih. Pengguna kurang didedahkan bahawateknologi mudah alih sesuai untuk proses pembelajaran khususnya kongsi bahanpembelajaran. Ia menjadi satu keperluan dalam pembinaan modul pembelajaran berasaskanteknologi mudah alih, seperti mana yang dirumuskan dalam kajian Keegan (2005) bahawam-pembelajaran perlu dimodulkan untuk pembelajaran generasi akan datang. Dan, salah satu257

aspek dan fungsi terpenting dalam modul tersebut bertujuan kongsi bahan pembelajaran.Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi dapatan kajian Mohd Azhar Zailani dan Hassan Basri(2005), ledakan ICT memberi perubahan dan inovasi dalam perkembangan pengajaran danpembelajaran khususnya dalam perkongsian bahan pembelajaran antara pelajar.Seterusnya, dalam konteks kajian ini, dapatan kajian analisis keperluan menunjukkankeperluan pembelajaran menggunakan perkakasan teknologi komputer mudah alihberbanding teknologi telefon mudah alih. Walaupun hasil dapatan pemilikan perkakasanteknologi mudah alih menunjukkan peratusan pemilikan telefon 3G dan telefon pintar lebihtinggi berbanding telefon biasa. Nilai min keperluan teknologi komputer mudah alih dalampembelajaran lebih tinggi berbanding teknologi telefon mudah alih. Pemilihan perkakasanteknologi komputer mudah alih berkait rapat dengan pemahaman fungsi asal komputer yanglebih sesuai dalam sistem pembelajaran. Dapatan ini mengisi jurang bagi sorotan kajianAshinida Aladdin et al. (2004) yang memfokuskan kepada penggunaan bilik komputer bagisistem PBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran danpembelajaran bahasa Arab. Pengguna masih berpegang kepada anggapan telefon sebagai alatinteraksi sosial dan bukan alat yang sesuai untuk sistem pembelajaran. Kajian ini menyokongkajian Mohd Feham Md Ghalib (2008) bahawa teknologi komputer merupakan sistempembelajaran masa kini yang perlu seiring dalam sistem pendidikan di Malaysia.Hasil dapatan keperluan pemilihan aktiviti pembelajaran dalam modul mpembelajaran bahasa Arab menunjukkan bahawa kesemua aktiviti pembelajaran yang dipilihadalah aktiviti interaksi satu hala (delayed bilateral interaction). Keperluan platform operasidan alat komunikasi juga melibatkan aspek tersebut iaitu laman web, blog dan e-mel, yangtidak melibatkan interaksi dua hala secara langsung tetapi melibatkan aktiviti bertangguh(tidak secara langsung) dalam satu masa. Ia selari dengan sorotan kajian Mohd Feham (2008)258

yang juga menggunakan aktiviti interaksi satu hala (delayed bilateral interaction) dalamkajiannya. Selain itu dapatan ini juga dapat dilihat dari sudut yang berbeza, ia lebih dominandengan pemilihan aktiviti pembelajaran yang selari dengan teknologi komputer mudah alihberbanding teknologi telefon mudah alih. Dapatan kajian analisis keperluan memperlihatkankeselarasan dan kesesuaian persetujuan responden dalam item keperluan perkakasanteknologi mudah alih, platform operasi, alat komunikasi, aspek kemahiran pengguna danpemilihan aktiviti dalam modul.Perbincangan Dapatan Fasa Reka Bentuk dan PembangunanPerbincangan dapatan kajian dalam bahagian ini selaras dengan soalan kajian iaitu“Bagaimanakah reka bentuk pembangunan Modul M-Pembelajaran Bahasa Arab(M Mu‟allim) di IPG?”. Berikut merupakan perbincangan dapatan Teknik Delphi 2pusingan.Secara keseluruhan, dapatan kajian fasa reka bentuk dan pembangunan yangmenggunakan Teknik Delphi dua pusingan menunjukkankesepakatanpakardenganmenyenaraikan aspek objektif modul, isi kandungan modul, pemilihan strategi, pemilihanperkakasan, pemilihan bahan media, kemahiran pengguna, aktiviti dan bentuk penilaianuntuk modul m-pembelajaran bahasa Arab di IPG.Dalam konteks kajian ini, dilihat aspek-aspek yang disepakati oleh panel pakarmelalui Teknik Delphi adalah selari dengan item-item dalam Model Pembinaan Modul Sidek(2001) yang mendasari kajian pembangunan modul ini. Dalam model Pembinaan ModulSidek (2001) melibatkan aspek objektif modul, isi kandungan, strategi, logistik, media dan259

aktiviti. Penambahan aspek kemahiran dan bentuk penilaian dalam modul memantapkan lagipembinaan modul m-mu‟allim. Dapatan kajian ini mengisi jurang dapatan kajian Nik Zaharah(2010) yang juga mengambil model pembinaan Modul Sidek (2001) sebagai kerangka teorikajian.Dapatan Teknik Delphi yang telah dijalankan ke atas 15 panel pakar menunjukkanbahawa dapatan Teknik Delphi ini telah menyokong empat daripada enam „emergingtechnology trend‟ (kemunculan trend teknologi) oleh Roblyer dan Doering (2010). Aspekyang pertama adalah perkakasan teknologi mudah alih yang dikenali sebagai „portable‟sebagai sebahagian daripada unsur „emerging technology trend‟. Keduanya, dapatan kajiantelah menamakan internet dengan kelajuan tinggi sebagai alat komunikasi sokongan resosdigital (availability of high speed communication) seperti yang dinyatakan oleh Roblyer danDoering (2010). Ketiga, bahan media yang dicadangkan panel pakar Delphi ubahsuaianseperti laman web, e-mel, sistem pengurusan pembelajaran (LMS) menyokong „merging ofmedia technologies‟ Roblyer dan Doering (2010). Aspek keempat, penggunaan broadbandatau „wireless connectivity‟ juga merupakan salah satu daripada aspek yang menyokong„merging of media technologies’ Roblyer dan Doering (2010). Justeru itu, dapatan TeknikDelphi kajian ini telah memberii input sorotan kajian dalam konteks pembelajaran bahasaArab mengenai „Emerging Technology Trends’ oleh Roblyer dan Doering (2010) khususnyadalam aspek m-pembelajaran bahasa Arab di Malaysia.Seterusnya, dapatan rumusan Teknik Delphi bagi reka bentuk modul m-pembelajaranbahasa Arab dapat memberi ruang dan peluang kepada pensyarah dan pelajar untukmempelbagaikan aktiviti pembelajaran luar bilik kuliah yang berasaskan teknologi mudahalih. Rumusan ini selari dengan kajian Mohd Rafiq Norsham (2006) yang menjalankanaktiviti pembelajaran luar bilik darjah yang melibatkan modul multimedia interaktif sains.260

Sistem pembelajaran yang terancang dalam bentuk modul mengoptimakan pelbagai strategidan aktiviti pembelajaran kendiri pelajar dan diintegrasikan dengan teknologi mudah alih.Iaseiring dengan dapatan sorotan kajian bahawa sistem pembelajaran yang terancang yangdiintegrasikan dengan teknologi dalam meningkatkan potensi pelajar (Chin Hai Leng, 2009).Kepelbagaian strategi dan aktiviti pembelajaran terangkum dan digabungkan dalam satumodul. Dapatan kajian ini mengisi jurang bagi sorotan kajian Kamisah Othman, Lilia Halimdan Subahan Mohd Meerah (2006) yang mendapati guru-guru memerlukan maklumatbagaimana teknologi harus diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan dapatan dari segi perbandingankemahiran teknologi ke atas pensyarah dan pelajar. Dapatan mendapati bahawa kemahiranteknologi harus seiring dengan aplikasi teknologi dalam modul kerana sekiranya ia tidakseiring, modul tersebut tidak dapat digunakan dengan berkesan oleh pensyarah dan pelajar.Dapatan ini menyokong dapatan kajian Ashinida Aladdin et al. (2004) tentang penggunaanPBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) yang menyatakan perlunyakeseimbangan di antara kemahiran pengguna dalam menggunakan integrasi teknologi dalampengajaran dan pembelajaran. Dapatan Delphi kajian ini juga membahagikan kemahirankepada kemahiran penyediaan bahan pembelajaran, pengurusan pembelajaran danpenggunaan modul pembelajaran. Ia selari dengan rumusan kajian Nor Shafarina Sakir(2008) bagi modul pembelajaran kendiri berasaskan ICT, menyatakan sistem pembelajaranmelibatkan kemahiran pengurusan pembelajaran bermodul.261

Perbincangan Dapatan Fasa Penilaian KepenggunaanPerbincangan dapatan kajian dalam bahagian ini selaras dengan soalan kajian iaitu “Apakahpenilaian kepenggunaan Modul M-Pembelajaran Bahasa Arab (M Mu‟allim) di IPG dariretrospeksi pengguna ?”. Berikut merupakan perbincangan dapatan kualitatif fasa penilaiankepenggunaan.Secara keseluruhan, dapatan temu bual dengan pensyarah dan pelajar yang terlibatsecara langsung dalam fasa penilaian menunjukkan mereka amat berpuas hati dengan aspekteknologi mudah alih, kepenggunaan media web Mu‟allim dan aspek pembelajaran yangdigabungkan dalam modul tersebut. Perbincangan dapatan kajian dalam fasa ini berdasarkantema dalam Model TUP (Bednarik, 2002) yang melibatkan aspek teknologi mudah alih (T),aspek kepenggunaan web Mu‟allim (U) dan aspek pembelajaran dalam modul (P).Dalam aspek teknologi mudah alih, dapatan kajian menunjukkan bahawa respondenselesa dengan penggunaan teknologi komputer mudah alih berbanding teknologi telefonmudah alih. Dapatan ini selari dengan dapatan fasa analisis keperluan dan dapatan panelpakar dalam Teknik Delphi. Tetapi, ia bercanggah dengan dapatan kajian Mohammad Ally(2009) yang mendapat respon positif dalam penggunaan telefon bimbit yang mempunyaiakses internet semasa pembelajaran bahasa Inggeris. Penerimaan responden pada teknologikomputer mudah alih kerana tanggapan dan pemahaman konsep yang kuat menyatakanbahawa telefon berperanan sebagai alat komunikasi dan interaksi sosial. Dapatan tersebutselari dengan Rashidah Rahamat et al. (2012) yang merumuskan bahawa ajarandanmeninggikanpotensipembelajaran pelajar.262

Dalam aspek bahan media dalam modul pembelajaran, dapatan kajian menunjukkanbahawa responden memberi respon yang positif kepada sistem pengurusan pembelajaran(Learning Management System) yang menggunakan aTutor. Dapatan kajian ini selari dengandapatan kajian Norazah Mohd Nordin et al. (2002) yang membangunkan sistem engurusanpembelajaran(LearningManagement System) Moodle. Responden bersepakat dalam penyataan bahawa sistempengurusan pembelajaran (Learning Management System) menyediakan bentuk pembelajaranyang tersusun daripada aspek sistem pengurusan fail, aktiviti pembelajaran, arahan danpenilaian. Ia mengisi jurang sorotan kajian Promaji Ajam (2006) memfokuskan kepadaprogram interaktif kelas maya untuk pembelajaran bahasa Arab , menyatakan bahawa bentukpembelajaran yang tersusun dapat dibangunkan berasaskan teknologi ICT.Dalam aspek kepenggunaan web Modul m-Mu‟allim, dapatan kajian menunjukkanbahawa ia merujuk kepada pengaplikasian pembelajaran luar bilik kuliah. Respondenmemberi respon yang menggalakkan dan beranggapan pembelajaran luar bilik kuliahmengaptimakan potensi dan pemikiran pelajar. Potensi diri dapat dibina dalam pembelajaranluar bilik kuliah (Ghazali Yusri et al., 2011). Walaubagaimanapun, permasalahan yangdihadapi dalam proses pembelajaran luar bilik kuliah adalah sistem jaringan internet kampusyang tidak konsisten. Dapatan ini selari dengan sorotan kajian Janudin Sardi dan Mohd ZakiAbdul Rahman (2009) yang menyatakan kestabilan sistem internet dalam aktiviti komunikatifonline dalam pembelajaran bahasa Arab amat diperlukan. Penambahbaikan Laman Sesawangperlu diuruskan secara berkala terutama di sekolah-sekolah dalam proses menaiktarafkansistem pendidikan yang berasaskan teknologi internet (Mokhtar Hussain & Mohd Shukeri HjHamzah, 2010).263

Dalam konteks panduan penggunaan web, dapatan kajian penilaian kepenggunaanmenunjukkan pendirian responden bahawa tatacara penggunaan web yang disediakan olehpengkaji merupakan satu medium bantuan yang tepat dan penting. Ini menunjukkan bahawatatacara tersebut adalah sebahagian daripada bentuk bimbingan kepada pelajar. Ia selaridengan sorotan kajian Noor Asmalinda (2010) dalam kajian pembinaan modul pembelajarankendiri subjek teknologi maklumat merumuskan bahawa selain pensyarah, panduan danarahan dalam modul juga berperanan sebagai pemudahcara dalam pembelajaran. Cadangandalam kajian Rashidah Rahamat et al. (2012) menambah, bentuk senarai semak merupakansebahagian daripada panduan proses pembelajaran yang diintegrasikan dengan teknologi.Dan, senarai panduan tidak mampu dibina sendirian tetapi perlu dibangunkan secarakolaboratif.Dalam aspek pembelajaran, konsep pembelajaran kendiri menjadi teras utama modulm-Mu‟allim. Dapatan kajian kepenggunaan menunjukkan konsep pembelajaran kendiri jelasdiaplikasikan secara konsisten dalam modul ini. Penggunaan modul pembelajaran kendiridilihat sebagai salah satu kaedah dalam usaha mematangkan proses pembelajaran pelajar.Modul pembelajaran adalah satu sumber, rujukan dan sebagai panduan kepada pelajar dalamproses pembelajaran (Rosni Zamuddin Shah & Emy shafinaz, 2007). Dapatan kajianmenunjukkan konsep pembelajaran kendiri adalah bebas, fleksibel dan tidak terikat denganmasa dan tempat tertentu. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Rafiza Abdul Razak danMaryam Abdul Rahman (2013) yang menyatakan bahawa pembinaan bahan pembelajarankendiri perlu kepada sifat fleksibel dan tidak terikat kepada masa dan tempat.Selain itu, dapatan kajian dalam aspek pembelajaran merujuk kepada aktiviti-aktivitipembelajaran yang aktif secara maya. Pembelajaran maya atau pembelajaran tidak bersemukaditerima secara positif oleh pelajar. Dapatan kajian ini selari dengan sorotan kajian Shamina264

Malik dan Muhammad Shahbaz Shabbir (2008) yang menilai persepsi pelajar universititerhadap bahan-bahan pembelajaran maya untuk pembelajaran kendiri yang berasaskanteknologi maklumat. Konsep komunikasi maya selari dengan zaman moden yang seterusnyamempengaruhi iklim pembelajaran khususnya di IPT (Norashikin Sahadan, 2007). Aktivitipembelajaran maya mendapat penerimaan pelajar dan pensyarah dalam kajian ini selaridengan pemilihan aktiviti pembelajaran modul pedagogi berasaskan teknologi dalam kajianNorlidah Alias (2010).Implikasi Dapatan KajianBahagian ini merupakan perbincangan tentang implikasi dan cadangan kajian berdasarkanperbincangan dapatan kajian sebelum ini. Penyelidik menggariskan dua implikasi utama yangmelibatkan implikasi teoritis dan implikasi amalan. Implikasi teoritis merujuk kepadaperbincangan untuk perbandingan hasil dapatan kajian dengan teori dan model yangmendasari dan digunakan dalam kajian ini. Manakala implikasi amalan ialah langkah-langkahyang disarankan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan yang terlibatsecara langsung seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Institut Pendidikan GuruMalaysia (IPGM), pensyarah IPG, pelajar IPG dan sumbangan kepada ilmu bidang. Berikutmerupakan perbincangan berkaitan implikasi kajian dan cadangan kajian.265

Implikasi Teoritis KajianImplikasi dan cadangan terhadap teoritis melibatkan dua modelyang mendasarikajian pembangunan modul m-pembelajaran dan satu model penilaian kepenggunaan. Iadapat dikategorikan kepada dua bahagian utama. Pertama; kajian ini memberi implikasilangsung terhadap penghasilan model m-pembelajaran bahasa Arab yang berupayamenggabungkan model teknologi mudah alih dan model pembinaan modul dalampembangunan modul m-pembelajaran bahasa Arab (m-mu‟allim) di IPG. Model-model yangtelah digabungkan ialah Model Instructional Sistem Design (ISD) dari model teknologi mpembelajaran. Berdasarkan kepada ADDIEdan ASSURE, model dalam rekabentukpengajaran Tsai, Young dan Liang (2005) telah membina satu model baru untuk pembinaanmodel “Instructional Sistem Design” (ISD) khusus bagi M-Pembelajaran (Ahmad Sobri,2009). Model ini mengandungi enam langkah iaitu: (1) Analisis keperluan pelajar dan situasimobile; (2) Integrasi pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi mudah alih; (3) Rekabentuk strategi M-Pembelajaran; (4) Reka bentuk dan pembangunan isi kandungan bahan MPembelajaran; (5) Melaksanakan aktiviti pembelajaran; dan (6) Menilai kesan MPembelajaran.Model ini digabungkan dengan model pembinaan modul Sidek (2001) darimodel pembinaan modul.Bahagian kedua, gabungan kedua-dua model teknologi m-pembelajaran dan modelpembinaan modul dalam fasa penilaian kepenggunaan. Kedua-dua model tersebutdigabungkan dengan model penilaian kepenggunaan TUP (Bednarik, 2002). Keselarasan dangabungan model yang mendasari kajian ini bagi ketiga-tiga fasa kajian melengkapkan modelm-pembelajaran bahasa Arab (m-mu‟allim) sebagai satu model pembangunan modul mpembelajaran. Rajah 5.1 menunjukkan bagaimana penyelidik menggabungkan ketiga-tigamodel tersebut.266

Model P.Modul Sidek (2001)PembinaanMatlamat Mengenalpasti teori, rasional,falsafah, konsep,sasaran dan tempohmasaKajian Keperluan- PemilihanObjektif- Pemilihan isikandungan- PemilihanStrategi- PemilihanPerkakasan(logistik)- Pemilihan mediaMenyatukan drafmodul- Kajian rintis nilaimodul- Kesahan &Kebolehpercayaan- Penilaian modul\Fasa 1Analisis Keperluan(Keperluan m-pembelajarandalam modul pembelajaranb.Arab di IPG)Fasa 2Reka Bentuk Modulm-pembelajaran b.Arab(m-mu’allim) di IPG mengikutpandangan pakar(Teknik Delphi Ubah suaian)-Objektif modulIsi kandungan modulPerkakasanMediaStrategi pembelajaranAktiviti pembelajaranKemahiranBentuk penilaianPembangunan Modulm-mu’allim- Rancangan Mingguan- LMS (Web Mu‟allim)- Panduan PenggunaanFasa 3Penilaian Kepenggunaan(Penilaian Kepenggunaan dariretrospeksi pengguna, instrumentemubual 2 pensyarah 10 pelajar)Model ISD (2005)Analisis keperluanpelajar dan situasimobileTeknik Delphidalam persediaanuntuk reka bentukdan pembangunanmodul pembelajaranberasaskanM-Pembelajaran.Perlaksanaan aktivitipembelajaran danPenilaianKepenggunaanprototaip modul.Model Penilaian Kepenggunaan TUP (Bednarik,2002)Rajah 5.1 Model Modul m-pembelajaran bahasa Arab (m-mu‟allim) di IPG, gabungan ModelPembinaan Modul Sidek (2001), Model Instructional Sistem Design (Tsai, Young & Liang, 2005) danModel Penilaian Kepenggunaan TUP (Bednarik, 2002)267

Seterusnya dalam fasa ketiga kajian, iaitu fasa penilaian kepenggunaan daripadaBerdasarkan Rajah 5.1, fasa pertama kajian iaitu analisis keperluan, merujuk kepada kajiankeperluan daripada Model Sidek (2001) dan analisis keperluan pelajar dan situasi mobiledaripada Model ISD (2005). Seterusnya dalam fasa kedua kajian, fasa reka bentuk danpembangunan modul mengikut pandangan pakar menggunakan Teknik Delphi .Dalam fasa tersebut merujuk kepada tentukan objektif modul, isi kandungan modul,pemilihan perkakasan, pemilihan bahan media, strategi pembelajaran, aktiviti pembelajaran,kemahiran pensyarah dan pelajar dan bentuk penilaian. Banyak keselarian dengan aspekaspek dalam Model Sidek (2001) manakala dalam model ISD (2005) melibatkan TeknikDelphi dalam persediaan untuk reka bentuk dan pembangunan modul pembelajaranberasaskan M-Pembelajaran. retrospeksi pengguna merujuk kepada kajian rintis nilai modul,kesahan & kebolehpercayaan dan penilaian modul dalam model Sidek (2001). Manakalamodel ISD (2005) merujuk kepada penilaian kepenggunaan prototaip modul.Dalam fasa penilaian kajian ini, model penilaian kepenggunaan TUP (Bednarik, 2002)mendasari penilaian modul tersebut. Justeru, gabungan Model Pembinaan Modul Sidek(2001), Model Instructional Sistem Design (Tsai, Young & Liang, 2005) dan ModelPenilaian Kepenggunaan TUP (Bednarik, 2002) telah menghasilkan model pembangunanmodul m-pembelajaran bahasa Arab (m-mu‟allim) di IPG seperti yang dipaparkan dalamrajah 5.1 dan dicadangkan diguna pakai oleh penyelidik lain dalam kajian akan datang.Implikasi dan cadangan terhadap teoritis juga melibatkan dua teori utama yangmendasari kajian pembangunan modul m-pembelajaran iaitu Teori Konstruktivisme danTeori Interaksional dalam Teori Pemerolehan Bahasa. Kedua-dua teori ini digabungkansecara natural dalam perlaksanaan strategi dan aktiviti pembelajaran modul m-mu‟allim.268

Teori Interaksional dalam Teori Pemerolehan Bahasa telah diaplikasikan bagi elemenelemen rangsangan mental atau kognitif, pembelajaran aktif dan interaksi bahasa. Elemenrangsangan kognitif yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan proses mental rapansistempersekitaranpembelajaran aktif dalam pembangunan modul, yang melibatkan proses pembelajaran kendiridan tidak tertakluk kepada pembelajaran dalam bilik kuliah. Elemen interaksi bahasamelibatkan penggunaan bahasa Arab secara maksimum dalam modul pembelajaran walaupunpembelajaran melibatkan laman web. Interaksi melibatkan bahasa Arab di ruangan yangdisediakan dalam laman web seperti forum, email dan sebagainya. Elemen-elemen dijanamelalui strategi dan aktiviti dalam modul m-Mu‟allim.Teori Konstruktivisme pula diaplikasikan bagi elemen-elemen pembelajaran kendiri,proses ZPD dan „scafffolding‟. Aspek-aspek tersebut dapat dilihat dengan jelas dalampemilihan strategi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam modul m-Mu‟allim. Pembelajarankendiri dalam modul tersebut diberi dalam bentuk aktiviti pembelajaran dalam modul danpelajar menggunakan modul dal

kurikulum dan reka bentuk pengajaran, 5 pakar teknologi pendidikan dan 5 pakar mata pelajaran pendidikan Bahasa Arab. Fasa ketiga kajian ialah fasa penilaian kepenggunaan daripada retrospeksi pengguna. Responden melibatkan pengguna yang terlibat secara