Transcription

Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan (2013)Sistem Maklumat Pengurusan dalam taliandi sekolah dalam konteks MalaysiaErmie Dharlya Che DaudAslina SaadDepartment of ComputingFaculty of Art, Computing and Creative IndustryUniversiti Pendidikan Sultan IdrisDepartment of ComputingFaculty of Art, Computing and Creative IndustryUniversiti Pendidikan Sultan IdrisAbstrak— Sistem Maklumat Pengurusan dalam talian dilihat penting dalam persekitaran hari ini dan berupaya meningkatkankecekapan dan keberkesanan organisasi. Dengan pelbagai faedah yang boleh didapati dari penggunaan sistem maklumat pengurusandalam talian ini, bidang pendidikan di Malaysia tidak terkecuali dalam menggunakan inovasi ini. Pelbagai jenis aplikasi dalam talianyang digunakan dalam pengurusan pendidikan di sekolah antaranya Educational Management Information System (EMIS) Online,Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Lima aplikasi utama ini sangat penting dalam membantu guruuntuk mengurus data dan maklumat dengan lebih cekap dan bersistematik.Katakunci – Sistem Maklumat Pengurusan dalam talian, EMIS, APDM, SAPS, SPPBSPENGENALANDewasa ini, di Malaysia banyak sektor awam dan swastatelah mengaplikasikan sistem maklumat pengurusan dalamorganisasi masing-masing tetapi tidak banyak kajian mengenaisistem maklumat pengurusan didokumentasikan secara ilmiah.Antara aplikasi sistem maklumat pengurusan dalam talian yangbanyak dilaksanakan ialah seperti sistem maklumatperpustakaan, sistem pendaftaran klinik, sistem jual beli dalamtalian, sistem tempahan tiket kapal terbang, sistem tempahanhotel, sistem pengurusan sumber manusia, dan banyak lagi.Pengurus-pengurus atasan pula menggunakan sejenis sistemmaklumat iaitu sistem maklumat interaktif contohnya e-mailuntuk berhubung dengan pengurus bawahan dan kakitanganmereka. Dengan menggunakan sistem maklumat interaktif ini,pengurus atasan tidak perlu melalui pengurus pertengahan untukmendapatkan maklumat di peringkat bawahan tetapi terusmencapai maklumat daripada pengurus bawahan [1] Orangramai juga boleh mendapatkan apa jua borang dan perkhidmatandengan mudah hanya menggunakan sistem dalam talian, tanpaperlu hadir ke sesuatu agensi yang mungkin berjauhan darikawasan tempat tinggal. Ini jelas dapat menjimatkan masa danperbelanjaan individu dan maklumat yang diperlukan lebih cepatditerima.1Sistem Maklumat merujuk kepada sistem berkomputer yangmemproses data untuk mencapai fungsi tertentu. Sistemmaklumat pengurusan merupakan sebuah sistem yangdiaplikasikan untuk meningkatkan kecekapan pelbagai aktivititugas dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi.Sistem Maklumat Pengurusan diperlukan untuk memenuhikeperluan para pengurus dalam membuat keputusan yang sesuaidan tepat. Penggunaan sistem maklumat dalam talian merupakansalah satu kepentingan dalam sistem komunikasi era globalisasikini. Sistem Maklumat Pengurusan dalam talian merujuk kepadasistem maklumat yang dibangunkan dengan menggunakanteknologi web [2].SMP DALAM TALIANPelaksaanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun1996, telah membawa negara ini menuju ke era baru ekonomiberasaskan pengetahuan dan merupakan strategi kerajaan untukmembawa negara ke era maklumat menuju abad ke-20. Salahsatu daripada manifestasi projek MSC ini ialah aplikasi sistemmaklumat pengurusan berasaskan komputer yang bolehmembawa perubahan dalam budaya pengurusan dalam setiaporganisasi. Dengan mengaplikasikan sesuatu sistem maklumatpengurusan, sesebuah organisasi dapat mencapai maklumatdengan mudah dan cepat dan ini dapat membantu pihakpengurusan organisasi membuat keputusan yang cekap danberkesan [3]. Kewujudan perkhidmatan sistem maklumat dalam

ICT@EDU 2013talian Malaysia yang bermula pada tahun 2009 telahmencetuskan satu evolusi aplikasi perkhidmatan yang cubamengatasi sistem maklumat yang diuruskan secara berpusatdengan menggunakan aplikasi yang dipasang kepada hanyasatu komputer.Oleh kerana pengurusan sekolah-sekolah di Malaysia telahmenjadi semakin kompleks, maka cabaran yang harus dihadapijuga turut meningkat. Sekolah perlu memastikanpengurusannya adalah cekap dalam menguruskan sumbermanusianya, tepat dalam penilaian prestasi dan berkesan dalammembuat keputusan. Namun begitu, pentadbiran yang masihberoperasi secara manual sudah pasti bakal menghadapiberbagai-bagai masalah. Cheever et. al. telah menyenaraikantujuh masalah pengurusan jika dilaksanakan secara manual [4]: Maklumat yang tidak mencukupi dan kurang tepat. Maklumat yang tidak seragam. Masalah memperolehi maklumat yang telah disimpan. Masa yang lama diperlukan untuk mengumpul danmemproses data-data. Tidak cukup masa untuk menganalisis data danmembuat perancangan. Sukar untuk membuat inferensi dan integrasi di antaramaklumat. Tidak dapat menyebarkan maklumat dalam masa yangditetapkan dan dalam format yang sebenar.KEPENTINGAN SMP DI SEKOLAHPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah dapat menjaminkeadaan di mana maklumat yang diperolehi oleh penggunasekolah adalah tepat, mudah, dan relevan. Menurut Bandele [5]dan Chiemeke & Longe [6], TMK adalah revolusi yangmelibatkan penggunaan komputer, internet dan teknologitelekomunikasi lain dalam setiap aspek usaha manusia. Jimoh[7] mendefinisikan TMK sebagai pengendalian danpemprosesan maklumat iaitu teks, imej, graf, instruksi dan lainlain untuk kegunaan, yang menggunakan peranti komunikasidan elektronik seperti komputer, kamera, dan telefon.Penggunaan TMK sebagai medium utama pengurusan danpentadbiran adalah amat perlu untuk memastikan persekitaranorganisasi yang lebih maju dan berdaya saing.Kebolehan mengurus secara berkesan dan efisyen adalahmenjadi keutamaan bagi sesebuah sekolah. 15 aspek tugaspenting dalam bidang pendidikan sekolah dalammemperlihatkan betapa pentingnya sekolah mengaplikasikanTMK diutarakan oleh Crawford R. [8]. Antaranya ialah : 2Maklumat murid - Pengurusan maklumat peribadipelajar dapat disimpan, diproses, dan dikeluarkan padabila-bila masa oleh sesiapa juga sama ada pelajarsendiri, guru, pengetua, atau para pegawai pendidikanyang lain.Perancangan, pentadbiran dan penyimpanan rekodsekolah - Kedudukan kelas, jumlah pelajar, senaraimakanan, perkhidmatan perubatan, dan lokasi tempattinggal juga boleh dikenalpasti tanpa memanggilpelajar, ibu bapa, doctor dan individu lain. Rekod Peribadi Kakitangan - Maklumat unakan kemudahan ICT. Maklumat ini bolehdiakses atau dikeluarkan, dicetak, disimpan atau dimelsecara elektronik. Contohnya maklumat tentang SistemMaklumat Sekolah boleh disimpan atau diakses padabila-bila masa sahaja. Perancangan Hadapan Sekolah - Pihak sekolah bolehmerangka rancangan hadapan (blue-print), contohnyarancangan untuk lima tahun akan datang, Apakahsasaran pencapaian sekolah, guru, murid, kelas, dansebagainya. Sistem pengkalan data sekolah jugamembantu untuk pengurusan kurikulum. Para guruboleh menyelaraskan aktiviti sekolah termasuk subjek,kelas tambahan, pemulihan, pengayaan, dan sebagainyadengan hanya klik di panel komputer. Penilaian dan Pembangunan Kakitangan - Tugasanmembuat penilaian kakitangan sangat kompleks dan adakalanya pengurus atau pentadbir sukar membuatkeputusan. Menggunakan statistik pencapaian, kursus,kebolehan akademik, kecemerlangan perobadi, dansebagainya dapat membantu keputusan yang tepat.Begitu juga dalam memilih kakitangan untuk berkursus,melanjutkan pelajaran, dan sebagainya Jadual Waktu Sekolah - Jadual waktu dapatdiseragamkan dengan menggunakan sistem yang sesuai.Ia dapat juga menyelaraskan penggantian guru danmemastikan tiada kelas yang tanpa guru dalam waktubelajar Sumber Maklumat Ketidakhadiran Kakitangan Maklumat ini dapat membantu mengesan pergerakankakitangan yang tidak hadir sama ada berkursus,menjalankan aktiviti luar sekolah, menjalankan tugas didaerah, negeri, atau nasional. Pengurusan Kewangan dan Perbelanjaan - Dalamurusan pentadbiran kewangan, ia juga boleh dikawalseperti urusan pembelian dan penerimaan. Kawalan kosatau untuk memilih pembelian berdasarkan beberapaalternative juga boleh membantu memudahkan tugaspemilihan. Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Premis - Di sekolahterdapat banyak barangan atau alat yang memerlukanpenyelenggaraan. Oleh itu, setiap urusniaga masuk ataukeluar barangan dan penyelenggaraan boleh direkoduntuk tujuan pemantauan pada masa hadapan. Inventori Sumber - Inventori sekolah boleh dikemaskinidengan menggunakan program tertentu. Cara inimemudahkan penyelenggaraan tersebut sepertipembaikan, pertukaran, dan pelupusan.

ICT@EDU 2013 Automasi Perpustakaan - Sistem ini jika digunakansangat meringkan kerja pinjaman, pengekodan,perlabelan, dan mengesan kehilangan buku. Automasiini juga menyediakan kemudahan maklumat bukanbuku yang boleh diperolehi daripada terminal komputer. Pengurusan Sukan - Aktiviti besar yang diadakna disekolah seperti hari sukan memerlukan penyelrasankerana banyak kerja rutin yang perlu dilakukanterutamanya dalam mengumpulkan data keputusansukan,. Demgan menggunakan kemudahan ICT, prosestersebut menjadi mudah. Bukan sahaja data semasatetapi pelbagai data sebelumnya juga boleh diakses. Sistem Mesej Sekolah - Penggunaan ICT jugamemudahkan proses surat menyurat. Sama ada surattersebut dicetak keluar melalui komputer atau bolehterus dihantar menggunakan mel elektronik. Laman webjuga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat.Penerangan tentang pelbagai hal sekolah termasukprospectus, visi, objektif, piagam sekolah dansebagainya juga boleh diurus menggunakan kemudahanICT sama ada terus melalui terminal atau dicetak keluar.[9]Dewasa ini banyak jabatan, bahagian, unit, Jabatan PelajaranNegeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah telahmembina laman web organisasi masing-masing untukmemudahkan capaian maklumat tentang organiasi berkenaan.Laman web ialah sejenis sistem maklumat pengurusan yang barudibangunkan agar mana-mana pihak yang ingin membuatsesuatu rujukan maklumat dapat dilaksanakan dengan mudah,cepat, dan tepat [10].Guru-guru di sekolah di Malaysia pula telah menggunakanpelbagai SMPP dalam talian yang boleh membantumemudahkan pengurusan mereka dalam perancangan danpelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran sepertimengadaptasikan teknologi internet untuk sistem kehadiranpelajar, sistem tempahan bilik mesyuarat, sistem inventori alatansukan, sistem maklumat pelajar dan lain-lain. Kini terdapatpelbagai teknologi dan kemudahan peralatan untuk mengumpul,menyusun dan menyediakan capaian kepada maklumat denganmudah. Pada masa dahulu, guru-guru menyediakan bahanpengajaran menggunakan maklumat dalam bentuk data bukandigital seperti nota kuliah, nota penyelidikan, helaian kerja,buku, majalah dan jurnal tetapi kini guru-guru sudah bolehmencapai maklumat dalam bentuk data digital daripada lamanweb, persembahan elektronik, dokumen elektronik,pemprosesan kata, fail audio digital, pengkalan databermaklumat, CD Rom, pangkalan data penyelidikan, papanmaklumat, video digital dan banyak lagi sumber maklumatberbentuk digital. Banyak organisasi menyelesaikan masalahpengurusan melalui rangkaian elektronik dan banyak sistempengurusan pengetahuan yang digunakan sedang mengalamiperubahan atau evolusi daripada sistem mencari dan memanggilkepada teknologi berasaskan kecerdasan buatan yang lebihcanggih, yang mampu mengikut keperluan dan pilihanpengguna [11].3Menurut Hamzah [12], aplikasi sistem maklumatpengurusan telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak tahun1982 lagi tetapi SMPP mula digunakan pada tahun 1993.Banyak pihak di sektor awam dan swasta telah membina sistemmaklumat untuk organisasi sendiri. Pada masa itu perisianpangkalan data adalah antara perisian yang popular digunakanuntuk mereka bentuk sistem maklumat pengurusan. BahagianPerancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),KPM mula memperkenalkan SMPP (EMIS) pada tahun 1996dan pengutipan maklumat secara berkomputer muladilaksanakan pada tahun 1997. Maklumat asas pendidikan yangdiperolehi daripada sistem maklumat yang diurus dan ditadbirdengan baik adalah maklumat terpenting yang digunakan untukpenyelidikan dan perancangan pembangunan pendidikan.APLIKASI SMPP DI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIAAntara SMPP dalam talian yang digunapakai di sekolahadalah EMIS Online, APDM, SSDM, SAPS, SPPBS, ePERLU,eOPERASI, EGTukar, iNILAM, PLBS/SBOA, dan lain-lainlagi. Bahagian seterusnya akan membincangkan lima SMPPdalam talian utama yang digunakan di sekolah.EMIS OnlineSMPP utama dalam pengurusan sekolah yang lazimnyadikenali sebagai EMIS adalah sistem maklumat terawaldibekalkan di sekolah. SMPP (SMPP) yang dibekalkan olehBPPDP, KPM adalah inisiatifnya untuk menjadikan sesuatusistem yang berstruktur, berjadual dalam pengurusan,memungut, memproses, menyimpan, mengeluarkan danmenyaring data dan maklumat yang diperlukan untukmenyokong aktiviti utama dan kitaran kerja bagi semuapengurus dan pembuat dasar di Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat PelajaranDaerah (PPD), dan sekolah. Data yang diperolehi daripadasistem ini akan digunakan untuk pentadbiran, perancangan,pemantauan dan kawalan ke atas program, projek, penyelidikan,analisis polisi dan membuat keputusan.Rajah 1. Paparan utama EMIS OnlineSistem EMIS Online yang mula diimplementasikan padatahun 2009 secara berperingkat ini membuka dimensi baru

ICT@EDU 2013dalam pengurusan maklumat pendidikan. Sistem EMIS Onlineini boleh dilayari di laman http://emisonline.moe.gov.my/.Melaluipenggunaan EMIS Online akan dapat memberimaklumat ‘di hujung jari’ kepada semua pihak memandangkanianya akan memaklumkan data terkini terhadap proses yangtelah dan sedang berlaku ke atas permohonan mereka. Objektifpembangunan EMIS Online ialah: Mempertingkatkan keupayaan aplikasi supaya aporan, dan penyebaran maklumat menjadi lebihmudah. Meluaskan cakupan maklumat bagi memenuhi danmenepati keperluan lebih ramai pengguna. Menjadikan aplikasi lebih fleksibel dan mesrapengguna Menghasilkan maklumat lebih berkualiti mempunyaicirri-ciri relevan, sahih, tepat, dan bertepatan denganmasa yang diperlukan (timeliness) oleh pihakpengguna.EMIS Online ialah sejenis SMPP secara dalam talian yangdibina oleh BPPDP, KPM. EMIS ini digunapakai di sekolah,Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, danKementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan untukmemudahkan pengurusan maklumat tentang hal ehwal pelajar.Di antara masalah yang membawa kenapa EMIS Onlinedibangunkan ialah maklumat tentang hal ehwal pelajar yangdikehendaki sukar dicapai dengan segera, maklumat sukardikemaskinikan kerana format setiap sistem berlainan antarasatu sama lain, laporan untuk pihak pengurusan sukar dibuat dantidak lengkap, keselamatan rekod-rekod tidak terjamin,kesahihan data rendah kerana mungkin berlaku kesilapansemasa mengemaskinikan data adalah tinggi dan prosesmengemaskinikan maklumat sering berlaku duplikasi data.Selain itu, penggunaan MS Access yang lebih mudah terdedahkepada virus, masalah penggabungan data dan juga ke arahmencapai data lebih cepat dan mudah merupakan faktor utamaEMIS Online diperkenalkan. EMIS Online ini telah Berjayamemenangi Anugerah Kajian Kes Perisian Sumber Terbuka2010 kerana inovasi ini telah memberi impak besar dari segipenjimatan kos sebanyak 97.83%, penjimatan masa 88%, danpengurangan ralat sebanyak 62.4%. Pelaksanaan EMIS Onlineini ternyata telah meningkatkan keberkesanan dan kecekapanproses pengumpulan data di semua bahagian dalam KPM.Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Dalam talian(APDM) telah mula digunakan bermula tahun 2012menggantikan Sistem Maklumat Murid (SMM) yangdigunapakai sebelum ini untuk mengumpul maklumat dan profilmurid di seluruh sekolah-sekolah KPM. Masalah maklumatpelajar yang tidak terkini, tidak lengkap, pertindihan maklumatdan sebagainya dapat diatasi dengan pelaksanaan APDM yangberasaskan sebuah sistem maklumat online berbanding4menggunakan MS Access dalam SMM sebelum ini. AplikasiAPDM ini juga akan menjadi pangkalan data utama yangmenghubungkan semua sistem lain yang diperkenalkan barubaru ini seperti SAPS, SPPBS, dan lain-lain.Rajah 2. Paparan utama APDMSistem APDM ini boleh dilayari melalui URLhttp://www.sekolahmalaysia.com/. Pentadbir sekolah akanmendaftar semua kelas dan guru kelas ke dalam sistem APDMini dan selepas itu, guru kelas akan mengemaskini profil muridmurid dalam kelas mereka. Guru akan login sistem APDM inidengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluanyang diberikan oleh pentadbir.Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) adalah kaedahatau cara yang digunakan untuk mengawal dan mengekalkandisiplin pelajar di sekolah. Sistem ini berkonsepkan Merit danDemerit iaitu denda dan ganjaran. Sistem Salahlaku DisiplinMurid (SSDM) berasaskan web ini bertujuan untuk merekodmaklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengancapaian yang mudah dan berkesan. SSDM dapat membantudalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di manaianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan disemua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi danmengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik danberkesan.

ICT@EDU 2013Rajah 3. Paparan utama .gov.my/ssdm/ dan paparan utama sistem iniadalah seperti Rajah 3. Sistem maklumat ini terdiri daripadaempat tahap pengguna, iaitu: Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)Modul SSDM ini dapat melaksanakan beberapa tugasseperti: Merekod kes-kes salahlaku murid Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku Menjana surat amaran ponteng mengikut tahapSistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak barudiperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolahdirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul,penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiapsekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini berfungsi hanya di dalamtalian (online) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu sepertiKPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yangberpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan olehpihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan,analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untukdiperbaiki.Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalammeminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga bolehdijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melaluianalisis TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result)dan AR (Actual Result). Guru kelas memainkan peranan denganmengakses sistem untuk memasukkan dan mengemaskinimaklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagikelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akanmemasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajarmengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh gurukelas.Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanyasatu kali setahun (sekiranya tiada perubahan) Manakala gurumatapelajaran memasukkan markah setiap kali selepaspeperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan bolehmendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah //sapsnkra.moe.gov.my dan paparan utama sistem ini adalahseperti Rajah 4.5Rajah 4. Paparan utama SAPSSistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)Sistem SPPBS ini dibangunkan secara dalam talian dandigunakan di kalangan guru Malaysia bagi memudahkan proseskemaskini serta memasukkan data prestasi murid berdasarkanpelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di bawahKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS merupakansatu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspekkognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan. PBS ini adalah penilaian secara formatif dansumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning danassessment of learning yang mana ianya mentaksir bidangakademik dan bidang bukan akademik. PBS ini dilaksanakanoleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yangditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).Komponen SPPBS guru terdiri daripada dua kategori iaituakademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiridaripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP).Kategori bukan akademik terdiri daripada PentaksiranPsikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan danKokurikulum (PAJSK)Sistem SPPBS ini adalah sistem berpusat bagi memudahkanurusan pentaksiran pelajar dan kemaskini dan memasukkan dataprestasi pelajar yang mana ia boleh diakses secara online danlebih sistematik. Sistem ini boleh dilayari di URLhttp://sppbs.moe.gov.my/sppbs/. Paparan utama sistem iniadalah seperti di dalam Rajah 5. SPPBS ini terdiri daripada limatahap pengguna, iaitu: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Guru Besar/Pengetua/Penolong Kanan, Setiausaha Peperiksaan Sekolah, dan Guru

ICT@EDU 2013menjana wawasan Kementerian Pelajaran Malaysia untukmenjadikan seluruh pengurusan pendidikan di Malaysia bertarafdunia. Oleh itu, langkah memperkenalkan SMPP dalam talianuntuk pengurusan maklumat pendidikan adalah suatu yang tepatdan perlu dilaksanakan. Teori dan pengalaman yangdigunapakai di luar negara patut dikongsi bersama dandiimplementasikan dalam proses memantapkan penggunaanSMPP dalam talian ini.RUJUKANRajah 5. Paparan utama SPPBSSetelah mentaksir pelajar, guru perlu memasukkan datapentaksiran yang telah dijalankan ke atas pelajar ke dalam sistemSPPBS yang boleh diakses terus oleh LPM. Untuk kajian danperbandingan prestasi, statistik juga disediakan dalam SPPBSbagi mempermudahkan proses menambahbaik prestasi untukjangka masa akan datang dalam apa jua termasuk prestasi gredataupun prestasi matapelajaran semasa. Dengan menggunakanSPPBS ini, segala maklumat berkaitan peribadi, termasuk kelassemasa atau sebelum ini serta sejarah prestasi seorangpelajar/murid dapat disimpan untuk rujukan. Melalui SPPBS,apa sahaja maklumat berkenaan peperiksaan serta pentaksiranpeperiksaan boleh terus diakses oleh setiusaha peperiksaan, gurumatapelajaran, JPN, dan PPD termasuk hal-hal berkaitanpendaftaran matapelajaran serta prestasi murid tersebut bolehdisemak melalui SPPBS online.KESIMPULANSebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawapenggunaan sistem maklumat secara elektronik dalam taliandalam tugas-tugas pengurusan maklumat adalah sangat pentinguntukmeningkatkan kecemerlangan kualiti organisasipendidikan pada alaf globalisasi yang penuh persaingan ini.Kajian lepas membuktikan penggunaan komputer yang efisienakan menghasilkan kecemerlangan pengurusan maklumat dan6D. Hellriegel and J. Slocum, “Management. 6th edition”, New York: Addison–Wesley,” 1992.T. Isakowitz T., Bieber M. and F. Vitali, “Web information system.Communications of the ACM”, vol 41( 7), pp. 78-80,1998.K. C. Laudon and J.P Laudon, “Management Information Systems: Managingthe Digital Firm, 7th Edition,” Upper Saddle River, New Jersey: PrenticeHall International Inc, 2002.D. Cheever, P. Coburn, F. Giammarino, P. Kelman, B. T. Lowd, A. Naiman, I.K. Zimmerman, “Systematic planning and implementation of computersin schools,” Boston: Addison-Wesley, 1986.S.O Bandele, “Development of modern ICT and internet system. In Agagu AA(ed). Information and communication technology and computerApplications,” Abuja: Pan of Press, 1–3, 2006.C. S. Chiemeke and O. B. Longe, “Information and communication penetrationin Nigeria: Prospects, challenges and metrics,” Asian Journal ofInformation Technology, vol 6(3),pp. 280-287, 2007.A.T Jimoh, “Students’ attitude toward ICT in Nigeria tertiary institutions,”Education Focus, vol 1(1), pp. 73–79, 2007.R. Crawford, “Managing information technology in secondary schools”London: Roudedge, 1997.Rahmad Sukor and Mohd Subhi Marsan, “Teknologi maklumat dankomunikasi dalam pengurusan sekolah,” Fakulti Pendidikan, UniversitiMalaya, 2001.N. McBride, “Promoting Loyalty among Users of your E-Services,” Journal ofthe IT Service Management Forum 47 , pp. 26-28, 2001.J. Gaibreath, “Knowledge management technology in education: An overview,”Educational Technology, vol 40(5), pp. 28 – 33, 2001.Hamzah Abu, “Hubungan antara kemahiran, pengetahuan, dan sikap Guru Dataterhadap komputer dalam amalan menguruskan Sistem MaklumatPendidikan (EMIS),” Kajian Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi, 2002.

perpustakaan, sistem pendaftaran klinik, sistem jual beli dalam talian, sistem tempahan tiket kapal terbang, sistem tempahan . Sistem EMIS Online yang mula diimplementasikan pada