Transcription

PANDUAN PENULISANTESISUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Edisi keempatCetakan Pertama 2012PANDUAN PENULISAN TESISISBN: 978-983-43398-2-1 Pusat Pengajian SiswazahHak Cipta Terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isikandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekali pun sama ada secara elektronik,fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Naib CanselorUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Diterbitkan oleh,Pusat Pengajian SiswazahUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIAParit Raja, Batu Pahat, JohorRM5.00

PRAKATAPanduan Penulisan Tesis ini diterbitkan oleh Pusat Pengajian Siswazah sebagaipanduan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menulis tesis danlaporan projek yang konsisten dengan norma penulisan akademik antarabangsa darisegi gaya dan format. Perkataan “tesis” dalam panduan ini dimaksudkan sebagaihasil penulisan ilmiah bagi pelajar program pengajian siswazah diperingkat Sarjanadan Doktor Falsafah secara penyelidikan. Perbincangan dalam panduan inikeseluruhannya juga menggunakan perkataan “tesis” bagi maksud penulisan ilmiahuntuk Projek Sarjana Muda (PSM), Laporan Projek Sarjana dan DisertasiPenyelidikan bagi pengajian secara mod campuran. Walau bagaimanapun, panduanini tidak bermaksud untuk menyediakan semua gaya format bagi semua bentukrujukan. Sekiranya gaya format khusus yang diperlukan tidak ada di dalam panduanini, pelajar boleh merujuk kepada panduan penulisan ilmiah lain seperti “AmericanPsychological Association Manual” edisi ke-6.Pusat Pengajian SiswazahUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaSenat: 21 Disember 2011

iiPENGHARGAANPusat Pengajian Siswazah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada staf yang telah menyumbangkantenaga dan idea dalam penyediaan Panduan Penulisan Tesis edisi keempat yangdikemaskini berdasarkan edisi ketiga yang diterbitkan pada tahun 2009.Pihak Pusat Pengajian Siswazah UTHM juga ingin merakamkan setinggi-tinggipenghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam urusan penerbitan buku ini.

iiiKANDUNGANPRAKATABAB 1iPENGHARGAANiiKANDUNGANiiiSENARAI JADUALviiSTRUKTUR DAN KANDUNGAN TESIS11.1Maksud sebutan tesis11.2Struktur tesis11.3Pengisytiharan status tesis21.4Panel Pemeriksa viva voce31.5Halaman judul31.6Halaman pengakuan31.7Halaman dedikasi (pilihan)31.8Halaman penghargaan (pilihan)41.9Abstrak41.10Halaman kandungan41.11Halaman senarai jadual51.12Halaman senarai rajah51.13Halaman senarai simbol dan singkatan51.14Halaman Senarai Lampiran51.15Teks61.15.1 Rujukan dalam Teks7

ivBAB 2BAB 31.15.2 Jadual dalam Teks71.15.3 Rajah dalam teks71.15.4 Persamaan dalam teks81.16Rujukan91.17Lampiran91.18Vita9SAIZ DAN FORMAT102.1Kertas dan saiz102.2Jidar102.3Penomboran muka surat102.4Penomboran bab dan sub-judul dalam bab112.5Penaipan112.6Jarak dan format122.7Cetakan dokumen122.8Penghurufan dan lukisan122.9Bilangan maksimum muka surat132.10Penjilidan tesis132.10.1 Warna kulit dan tulisan132.10.2 Kulit tesis132.10.3 Tulang belakang142.10.4 Trimming bagi tujuan penjilidan14FORMAT RUJUKAN153.1Pengenalan153.2Sistem Penulis (Tahun)153.2.1 Sebutan dalam teks153.2.2 Penulisan maklumat rujukan173.2.3 Penulisan senarai rujukan19

v3.33.43.2.4 Penulisan nama pengarang193.2.5 Penulisan pelbagai sumber rujukan20Rujukan dari sumber elektronik253.3.1 Penulisan sumber internet dalam teks25Sistem Nombor263.4.1 Sebutan Dalam Teks263.4.2 Gaya penulisan bagi pelbagai penerbitan dalamsenarai rujukan26RUJUKAN29LAMPIRAN31

viSENARAI JADUAL1.1Susunan dan urutan kandungan tesis1

BAB 1STRUKTUR DAN KANDUNGAN TESIS1.1Maksud sebutan tesisPerkataan “tesis” dalam buku panduan ini secara khusus merujuk kepada penulisanilmiah yang dikemukakan bagi penganugerahan ijazah doktor falsafah dan ijazahsarjana secara penyelidikan.Perkataan “tesis” dalam buku panduan ini jugadigunakan secara umum untuk penulisan ilmiah laporan projek sarjana, disertasipenyelidikan dan projek sarjana muda iaitu dokumen penulisan ilmiah yangdikemukakan sebagai sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah sarjanamelalui kerja kursus, mod campuran dan pengijazahan sarjana muda.1.2Struktur tesisSetiap tesis mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut urutan sepertiJadual 1.1.Jadual 1.1: Susunan dan urutan kandungan alaman Kosong2Pengesahan Status TesisWajibA1/A2/A3/A4Tidak bernombor3Perakuan PemeriksaWajibBTidak bernombor

2Jadual 1.1 (sambungan)PERKARASTATUS4Halaman JudulWajibCONTOH(LAMPIRAN)C1/ C2/C35Halaman PerakuanWajibD1/D26Halaman DedikasiPilihanE7Halaman PenghargaanPilihanF8AbstrakWajib9Halaman KandunganWajibG1a/ G1b/ G2aG2bH10Halaman Senarai JadualWajibI11Halaman Senarai RajahWajibJ12Halaman Senarai SimbolWajibK13Senarai LampiranWajibL14TeksWajibM15RujukanWajibP1 / P216LampiranPilihan-17VitaWajibQ1.3CATATANTidak bernombor tetapidikira sebagai (i)Dinomborkan denganangka Roman kecil iaituDinomborkan denganangka Roman kecilDinomborkan denganangka Roman kecil (jikaDinomborkan denganangka Roman kecilDinomborkan denganangka Roman kecilDinomborkan denganangka Roman kecilDinomborkan denganangka Roman kecilDinomborkan denganangka Roman kecilDinomborkan denganangka Roman KecilBernombor Arabdimulakan dengan mukaBernombor Arabbersambungan dengan teksBernombor Arabbersambungan dengan teksTidak bernomborPengisytiharan status tesisPengisytiharan status tesis perlu dibuat dengan melengkapkan Borang PengesahanStatus Tesis seperti di LAMPIRAN A1-A4. Sekiranya tesis ingin diklasifikasikansebagai sulit atau terhad, surat mengenai pengklasifikasian tesis perlu diperolehdaripada organisasi berkenaan dan hendaklah diserahkan kepada Dekan PusatPengajian Siswazah, Fakulti atau Pusat akademik berkaitan. Surat pengesahan inihendaklah menyatakan sebab dan tempoh pengelasan tesis tersebut. Tempoh lazimsesuatu tesis yang dikelaskan sebagai sulit atau terhad adalah tiga (3) tahun.Sekiranya penulis mengkelaskan tesis sebagai tidak terhad, pihak Universitiakan menganggap tesis ini sebagai tidak terhad dan pihak Universiti Tun Hussein OnnMalaysia berhak untuk menggunakannya bagi sebarang tujuan.

31.4Panel pemeriksa viva voceNama-nama ahli panel pemeriksa viva voce mesti disertakan seperti contoh diLAMPIRAN B. Halaman ini tidak perlu bagi laporan projek sarjana, laporan projeksarjana muda.1.5Halaman judulHalaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutanberikut:(i)Judul tesis;(ii)Nama penuh pelajar;(iii)Pernyataan tujuan tesis dikemukakan;(iv)Nama fakulti atau pusat tempat pelajar berdaftar;(v)Nama Universiti; dan(vi)Bulan dan tahun tesis ditulis atau diluluskan. Tesis untuk program pengajianSarjana secara Penyelidikan dan Doktor Falsafah perlu diperakukan olehJawatankuasa Pengajian Siswazah. Tesis untuk program lain perlu mendapatperakuan oleh Jawatankuasa yang berkaitan. (Rujuk LAMPIRAN C1-C3)1.6Halaman pengakuanHalaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang keaslian tesis. la hendaklahditandatangani oleh penulis. Sila lihat contoh di LAMPIRAN D1-D2.1.7Halaman dedikasi (pilihan)Pernyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan dantidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar.LAMPIRAN E.Sila lihat contoh di

41.8Halaman penghargaan (pilihan)Halaman ini hendaklah ditulis dalam satu muka surat sahaja.Penghargaandirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikanbantuan secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan tesis. Sila lihatcontoh di LAMPIRAN F.1.9AbstrakAbstrak tesis adalah ringkasan pendek sesuatu tesis.Ia menerangkan tentangrasional dan objektif (pernyataan masalah), metodologi, keputusan dan kesimpulansesuatu kajian yang dijalankan. Abstrak tersebut tidak boleh melebihi 250 perkataanuntuk tesis sarjana atau laporan projek sarjana dan tidak melebihi 350 perkataanuntuk tesis kedoktoran; ditulis dalam dua bahasa, Inggeris dan Bahasa Melayu. Bagitesis yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, abstrak hendaklah ditulis dalam BahasaInggeris diikuti oleh terjemahan dalam Bahasa Melayu pada muka surat berikutnya.Jangan masukkan ulasan karya, singkatan tanpa penjelasan, kekangan kajian ataucadangan kajian lanjutan dalam abstrak. Abstrak mesti ditulis menggunakan satusetengah (1 ½ ) langkau. Sila lihat contoh abstrak untuk program kejuruteraan diLAMPIRAN G1a dan LAMPIRAN G2a serta contoh abstrak untuk program sainssosial di LAMPIRAN G1b dan LAMPIRAN G2b.1.10Halaman kandunganHalaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru.Maklumat tesisdiberikan di bawah tajuk bab, topik dan nombor muka surat. Setiap bab, topik danmuka surat yang ditunjukkan dalam halaman kandungan mestilah bertepatan denganbab, topik dan muka surat yang terdapat dalam tesis. Paparkan tajuk kandungansehingga ke tahap tiga sahaja. Sila lihat contoh di LAMPIRAN H.

51.11Halaman senarai jadualHalaman ini mengandungi senarai semua jadual yang dimuatkan dalam tesis.Maklumat jadual yang perlu dinyatakan adalah nombor jadual, tajuk jadual sertamuka surat di mana jadual tersebut dimuatkan. Senarai jadual mestilah ditulis ikuturutan bab. Sila lihat contoh di LAMPIRAN I.1.12Halaman senarai rajahSemua bahan ilustrasi yang disertakan dalam teks seperti peta, carta, lukisan, graf,gambar rajah dan fotograf disebut ‘Rajah’. Senarai rajah ini mengandungi semuanombor rajah, tajuk rajah berserta muka surat yang dimuatkan dalam tesis. Senarairajah mestilah ditulis ikut urutan bab. Sila lihat contoh di LAMPIRAN J.1.13Halaman senarai simbol dan singkatanHalaman ini menyenaraikan simbol, singkatan, tatanama dan istilah yang terdapatdalam teks. Urutan penulisan adalah seperti berikut:Huruf Roman -ikut abjadHuruf Greek -ikut abjadSuperskrip-ikut abjadSubskrip-ikut abjadSila lihat contoh di LAMPIRAN K. Untuk mendapatkan keterangan lanjutberkenaan ejaan dan kata singkatan, pelajar dinasihati supaya merujuk kepada edisiterkini Gaya Dewan Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.1.14Halaman Senarai LampiranHalaman ini menyenaraikan lampiran-lampiran yang digunakan oleh pelajar ketikamenyiapkan tesis. Sila rujuk contoh LAMPIRAN L.

61.15TeksTeks dalam tesis hendaklah mengandungi bab-bab yang diberi judul dan setiap judulhendaklah membayangkan kandungan.Setiap bab hendaklah dimulakan padahalaman baru. Bab boleh dikembangkan kepada bahagian yang diberi sub-judul.Judul dan sub-judul bab mestilah dinombori. Sila lihat contoh di Lampiran M.Jumlah bab dalam tesis tidak terhad. Amnya sesuatu tesis akan mempunyaistruktur yang berikut.(a)PengenalanBab ini mengandungi isu-isu berkaitan penyelidikan berkenaan, sepertimatlamat, objektif dan skop penyelidikan serta struktur tesis.(b)Kajian LiteraturKajian literatur adalah penulisan komprehensif dan kritikal tentang sesuatutopik yang telah diterbitkan oleh ahli akademik dan penyelidik tersohor.Ianya berkait rapat dengan tesis dan mengandungi maklumat tentang teori,model, bahan dan teknik yang digunakan dalam penyelidikan berkenaan.(c)MetodologiBab ini adalah komponen penting dalam tesis kerana ia menerangkan secaraterperinci tentang sampel, instrumen, bahan, prosedur dan kaedahpengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan.(d)Analisis data dan keputusanBab ini menerangkan tentang kaedah analisis data dan keputusan yangdiperoleh dalam bentuk teks, rajah, jadual dan/atau lain-lain.(e)Perbincangan dan kesimpulanDalam bab ini penulis akan membincangkan keputusan yang diperolehmelalui perbandingan dengan kajian-kajian lalu yang terkandung dalam babkajian literatur. Kesimpulan dibuat berdasarkan dapatan kajian dan seterusnyaimplikasi serta kajian masa hadapan dibincangkan.Pelajar yang perlu membuat penterjemahan adalah dinasihatkan merujukedisi terkini Gaya Dewan Bahasa dan Pedoman Terjemahan terbitan Dewan Bahasadan Pustaka.

71.15.1 Rujukan dalam teksApabila sesuatu maklumat atau ide dipetik dari sesuatu sumber, penulis sumbertersebut hendaklah dicatatkan dalam teks. Rujukan dalam teks ini hendaklah ditulismengikut kaedah yang ditetapkan dalam BAB 3: FORMAT RUJUKAN.1.15.2 Jadual dalam teksSemua jadual hendaklah dinombori menggunakan angka Arab.Nombor jadualhendaklah dikaitkan dengan bab (Contohnya Jadual 4.3 bagi jadual yang ke-3 dalamBab 4). Setiap tajuk jadual diletak 1.5 baris dari bahagian atas jadual tersebut danditulis menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12 tanpa noktah di hujungnyadan justified left serta ditulis dengan jarak satu (1) single line antara barisan ayat.Penulisan dalam jadual hendaklah menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 10dengan satu (1) langkau antara baris.Jika jadual melebihi satu muka surat,sambungan pada muka surat berikutnya perlu dilabelkan dengan “Jadual 4.3(sambungan)”. Sebagai contoh sila rujuk Jadual 1.1, muka surat 1-2. Sekiranyajadual diambil dari sumber tertentu, sumber berkenaan perlu dinyatakan di hujungtajuk jadual. Lihat contoh di LAMPIRAN N. Jadual hanya boleh diletak selepasdirujuk dalam teks. Semua jadual hendaklah disenaraikan di halaman Senarai Jadualseperti di LAMPIRAN I.1.15.3 Rajah dalam teksSemua rajah hendaklah berkualiti tinggi dan dinombori menggunakan angka Arab.Nombor rajah hendaklah dikaitkan dengan nombor bab (Contohnya Rajah 4.3 bagirajah yang ke-3 dalam Bab 4). Setiap tajuk rajah diletak satu setengah baris dibawah rajah tersebut dan ditulis menggunakan huruf bersaiz 12 tanpa noktah dihujungnya ditulis dengan jarak satu (1) single line antara barisan ayat. Sekiranyarajah melebihi satu muka surat, sambungan pada muka surat berikutnya perludilabelkan dengan “Rajah 4.3 (sambungan)”.Jika rajah diambil dari sumbertertentu, sumber berkenaan perlu dinyatakan di hujung tajuk rajah tersebut. Sila lihatcontoh di LAMPIRAN O. Rajah sebaik-baiknya diletak selepas sahaja dirujuk buat

8kali pertama dalam teks. Semua rajah hendaklah disenaraikan di halaman Senarairajah seperti di LAMPIRAN J. Bahan ilustrasi dalam bentuk disket, slaid atauseumpamanya hendaklah dimuatkan ke dalam poket yang dibuat khas dan diletak dibahagian dalam kulit belakang tesis. Bahan ilustrasi yang berukuran besar sepertipelan dan peta hendaklah dikecilkan untuk dimuatkan dalam satu halaman. Bahanilustrasi perlu memenuhi syarat berikut:1.15.3.1 FotografFotograf yang digunakan sebagai bahan ilustrasi hendaklah dilekatkan dalam teksdengan menggunakan gam yang bermutu tinggi atau kaedah yang lebih baik.1.15.3.2 Keratan Akhbar dan SebagainyaLampirkan salinan yang jelas dan bermutu tinggi sahaja.1.15.3.3 Peta dan Fotograf UdaraPeta dan fotograf udara yang hendak dimuatkan ke dalam tesis perlu mendapatkebenaran bertulis Ketua Pengarah Pemetaan Negara. Bahan ilustrasi seberapa bolehhendaklah dirakam menggunakan pengimbas (scanner) dan dicetak menggunakanpencetak warna bermutu tinggi.1.15.4 Persamaan dalam teksSemua persamaan hendaklah dinombori menggunakan angka Arab.Nomborpersamaan hendaklah ditulis di hujung persamaan dan dikaitkan dengan bab (Sebagaicontoh, (4.3) bagi persamaan yang ke-3 dalam Bab 4). Sebagai contoh,y2 3x2 3xy C(4.3)z 10x6 9y5 8x4 7y6x5 6y5x4 5x4 4y4x3 3y3x2 2y2x yx(4.4)

91.16RujukanRujukan merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan tesis serta disebutdalam teks tesis. Penulis tesis mesti menyenaraikan sumber yang disebut dalamsenarai rujukan (lihat LAMPIRAN P1 dan LAMPIRAN P2). Senarai rujukan perludisediakan mengikut kaedah yang dijelaskan dalam Bab 3: FORMAT RUJUKAN.1.17LampiranBahagian lampiran membolehkan penulis memuatkan bahan yang dapat memberipenerangan tambahan kepada maklumat dalam teks untuk menyokong apa yangdikaji. Antara bahan-bahan tersebut adalah seperti jadual, carta, atur cara perisiandan soal selidik. Berikut adalah panduan untuk lampiran.(a)Data kajian, jadual, contoh soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yangterlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukansecara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teksboleh dimasukkan ke dalam bahagian lampiran. Secara umumnya, jadual danrajah yang melebihi dua muka surat wajar diletakkan dalam bahagianlampiran.(b)Sesuatu lampiran boleh dinamakan seperti LAMPIRAN A, LAMPIRAN Bdan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yangdisertakan sebagai lampiran.Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuktertentu.1.18VitaPelajar perlu menyediakan satu (1) halaman Vita yang khusus mengandungimaklumat pelajar di akhir muka surat tesis masing-masing selepas lampiran.Halaman Vita ini tidak dinombori.halaman Vita.Sila lihat LAMPIRAN Q sebagai contoh

BAB 2SAIZ DAN FORMAT2.1Kertas dan saizHanya kertas simili 80 gram berwarna putih dan bermutu tinggi dan bersaiz A4(210 mm x 297 mm) yang dibenarkan penggunaannya dalam tesis.2.2JidarSaiz jidar adalah 4 cm di sebelah kiri dan 2.5 cm di sebelah atas, 2.5 cm di sebelahkanan dan 2.5 cm di bawah, untuk setiap muka surat, termasuk muka depan.2.3Penomboran muka suratLetakkan nombor muka surat mengikut urutan seperti yang ditetapkan dalam Jadual1.1. Nombor muka surat hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan, 1.5 cm daritepi atas dan 2.5 cm dari tepi sebelah kanan diukur dari digit terakhir nomborberkenaan. Penomboran muka surat hendaklah memenuhi syarat berikut:(i)Bahagian permulaan tesis, bermula dari halaman judul, hendaklah dinomboridengan angka kecil Roman (i, ii, iii dan sebagainya); bahagian teks danselepasnya hendaklah menggunakan angka Arab (1, 2, 3 dan sebagainya).(ii)Halaman pertama tesis ialah halaman judul yang dikira sebagai muka surat 'i'tanpa cetakan nombor muka surat.(iii)Halaman pertama bagi Bab 1 adalah merupakan muka surat '1' tanpa cetakannombor muka surat.Begitu juga bagi halaman pertama bagi setiappermulaan Bab seterusnya; tidak ditulis nombor muka surat tetapi diambil

11kira bagi menombori muka surat berikutnya.2.4Penomboran bab dan sub-judul dalam babBab dan sub-judul dalam bab perlu dinombori menggunakan angka Arab. Nomborbab ditulis sebagai BAB 1, BAB 2, BAB 3. Struktur penomboran sub-judul tidakdiensot tetapi disusun mengikut urutan tahap sub-judul dan tidak melebihi empattahap seperti contoh di bawah.BAB 2Tahap pertama (Nombor Bab)2.1Tahap kedua (sub-judul);2.1.1Tahap ketiga (sub-sub-judul);2.1.1.1Tahap keempat (sub-sub-sub-judul).Jika judul bab atau sub-judul pada mana-mana tahap melebihi satu baris,maka langkaunya adalah sama dengan langkau dalam teks. Sub-judul seterusnyaharus dinombori menggunakan huruf abjad dan diensot sebanyak 1 cm . Jarak antaranombor judul dan tajuk judul adalah 1 cm tanpa mengira tahap judul (rujuk contohdalam LAMPIRAN R).2.5PenaipanTesis hendaklah ditaip menggunakan komputer dengan huruf Times New Romanbersaiz 12 mengikut perisian Microsoft Word 6.0 atau versi yang lebih terkini,kecuali bagi jadual dan rajah (rujuk perkara 1.14.2 dan 1.14.3). Perkataan dalambahasa yang berlainan dari bahasa penulisan tesis hendaklah ditaip menggunakanhuruf condong. Jarak di antara baris dalam teks ialah 1.5 baris. Teks hendaklahditaip pada sebelah muka surat sahaja.Judul bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di tengah-tengahantara jidar kiri dan kanan. Setiap bab hendaklah dimulakan di atas muka surat baru.Bab dan bahagian dalam bab hendaklah diberi judul. Judul hendaklah ditaip denganhuruf tebal dan tidak digariskan. Hanya huruf pertama perkataan pertama dalamsub-judul hendaklah huruf besar.

122.6Jarak dan formatPelajar perlu mematuhi panduan berikut dalam menentukan jarak dalam teks:(i)Jarak di antara jidar atas dengan nombor bab ialah 2.5 cm.(ii)Jarak di antara nombor bab dengan judul bab ialah 4 baris.(iii)Jarak di antara judul bab dengan baris pertama teks ialah 2 baris.(iv)Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah 2 baris.(v)Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah 2 baris.(vi)Tiada jarak di antara perenggan dengan perenggan berikutnya.(vii)Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri.(viii)Mulakan baris pertama perenggan pertama di bawah sub judul tanpa ensotan(indent) dari jidar kiri; perenggan-perenggan seterusnya perlu diensotsebanyak 1.27 cm dari jidar kiri.(ix)Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah bawah muka suratsekiranya ruang yang ada boleh memuatkan satu baris ayat sahaja.(x)Isi kandungan teks mestilah “Justified” sepenuhnya kecuali bagi barispertama perenggan, yang bukan perenggan pertama seksyen. (Rujuk perkara(viii) seperti di atas).Penulis bertanggungjawab melaraskan mana-manajarak yang berlebihan antara perkataan.(xi)Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah 1 baris.(xii)Jarak antara noktah (.) dengan huruf pertama ayat berikutnya (dalamperenggan yang sama) ialah sekurang-kurangnya satu (1) huruf.(xiii)Jarak selepas koma (,) ialah sekurang-kurangnya satu (1) huruf.2.7Cetakan dokumenTesis hendaklah ditaip menggunakan komputer dan dicetak menggunakan mesincetak laser atau mesin cetak yang mempunyai kualiti cetakan yang setaraf.2.8Penghurufan dan lukisanPenghurufan dan lukisan hendaklah jelas dan boleh dibuat salinan denganmemuaskan tanpa kehilangan sebarang maklumat.

132.9Bilangan muka surat maksimumHad bilangan muka surat tesis adalah seperti berikut:Laporan Projek Sarjana Muda:tidak melebihi 100 muka suratLaporan Projek Sarjana dan Tesis Sarjana:tidak melebihi 200 muka suratTesis Doktor Falsafah:tidak melebihi 300 muka suratHad maksimum ini termasuk jadual, gambar rajah dan lain-lain ilustrasitetapi tidak termasuk lampiran. Pelajar yang bercadang untuk menulis tesis yangmelebihi had bilangan muka surat perlu mendapat kelulusan bertulis daripada DekanPusat Pengajian Siswazah atau Dekan Fakulti (untuk Laporan Projek Sarjana Muda)dengan membuat permohonan melalui penyelia masing-masing.2.10Penjilidan tesisSemua tesis hendaklah dijilid dengan sempurna. Tesis boleh dijilid sementara (spiralbinding) bagi tujuan peperiksaan. Tesis hanya boleh dijilid kekal berkulit kerasselepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengajian Siswazah atau Jawatankuasalain yang berkenaan bagi program pengajian tersebut.2.10.1 Warna kulit dan tulisanTesis yang hendak diserahkan kepada Universiti hendaklah yang telah dijilid kekal(penuh) dengan kulit jenis buckram dan bertulisan emas dengan font italic bersaiz 18(tanpa italic). Warna kulit (kod warna) tesis telah ditetapkan seperti berikut:(i)Tesis Doktor Falsafah:Hitam (585)(ii)Laporan Projek dan Tesis Sarjana:Hijau Lumut (557)(iii)Laporan Projek Sarjana Muda:Biru Baru (550)2.10.2 Kulit tesisSaiz kulit buku yang siap dijilid hendaklah berukuran A4 (210 x 297 mm). Padakulit depan hendaklah ditulis tajuk tesis, nama penulis dan Universiti Tun Hussein

14Onn Malaysia dengan huruf besar seperti contoh di LAMPIRAN S.2.10.3 Tulang BelakangPada tulang belakang tesis hendaklah ditulis singkatan nama Universiti “UTHM”nama penulis, bulan dan tahun tesis diluluskan* dan tahap pengajian seperti contohdi LAMPIRAN T.*Tarikh pengesahan status Laporan Projek Sarjana Muda / Projek Sarjana /Tesis Ijazah Sarjana / Tesis Doktor Falsafah. (Rujuk Lampiran A1-A4).2.10.4 Trimming bagi tujuan penjilidanTrimming bagi tujuan penjilidan yang dibenarkan hanyalah 2.5 mm untuk setiap sisikertas A4.

BAB 3FORMAT RUJUKAN3.1PengenalanSumber yang dirujuk bagi penulisan tesis, sama ada sumber itu telahditerbitkan atau pun tidak, hendaklah dinukilkan di dalam tesis. Ianya perludiperakukan di dalam teks dan juga senarai rujukan. Rujukan yang lengkapadalah penting untuk membolehkan pembaca mendapatkan sumber asal.Rujukan yang lengkap juga dapat mengelakkan pertuduhan plagiat. Nukilanperakuan di dalam teks hendaklah dihubungkan dengan senarai rujukanmengikut sistem “Penulis (Tahun) (APA Format)” atau sistem “Nombor(IEEE Format)” yang ditetapkan.3.2Sistem Penulis (Tahun)Sistem ini juga dikenali sebagai American Psychological Association (APA).3.2.1. Sebutan Dalam TeksRujukan yang disebut dalam teks mesti ditunjukkan menggunakan namapenulis dan tahun penerbitan. Sebagai contoh:(a)Tahun penerbitan diletakkan dalam kurungan selepas nama penulisbagi rujukan dalam ayat. Sebagai contoh;Menurut Mohamed (2005), sebilangan besar masalah utamapenjadualan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dankejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah pengoptimuman

16kekangan.(b)Jika rujukan tidak ditulis dalam ayat, maka nama penulis dan tahunterbitan perlu ditulis dalam kurungan. Sebagai contoh;Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yangberkesan bagi masalah pengoptimuman kekangan ini menjadisuatu bidang kajian yang popular dewasa ini (Mohamed, 2005).(c)Sekiranya sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua penulis, tuliskannama kedua-dua penulis. Sebagai contoh;Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalampenghasilan kuasa oleh Kralj & Petrovic (1995) (d)Sekiranya rujukan mempunyai tiga penulis, catatkan ketiga-tiga namapada kali pertama rujukan disebut dalam teks. Untuk sebutan keduadan seterusnya, catatkan penulis pertama dan diikuti dengan “et al.”dan tahun. Sebagai contoh;Kajian Alias, Black & Gray (2002) menunjukkan pelajarkejuruteraan mempunyai keupayaan menvisualisasi ruang yangrendah daripada sepatutnya. Oleh kerana keupayaan ini adalahpenting dalam menyelesaikan masalah kejuruteraan, ianya harusditingkatkan di kalangan pelajar kejuruteraan (Alias et al.,2002).(e)Bagi rujukan dengan empat atau lebih penulis, nyatakan nama pertama,diikuti dengan “et al.” dan tahun untuk sebutan pertama dan seterusnya.(f)Gunakan huruf kecil (a,b,c) untuk membezakan dua atau lebihpenerbitan oleh penulis yang sama dan dikeluarkan pada tahun yangsama. Sebagai contoh;Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraankekangan ialah ILOG Solver oleh Puget dan Albert (1994a). Disamping itu Puget dan Albert (1994b) juga mendapati bahawapenggunaan objek adalah amat meluas, terutama dalampengaturcaraan kepintaran buatan.(g)Rujukan silang tidak dibenarkan dalam penulisan tesis. Penulis tesis

17hendaklah merujuk kepada sumber asal. Contoh rujukan silang adalah,Ali (dalam Abu, 2000) menegaskan bahawa .3.2.2 Penulisan maklumat rujukanTerdapat tiga cara untuk memperakukan idea atau maklumat rujukan di dalampenulisan teks iaitu secara (a) petikan, (b) parafrasa dan (c) kesimpulan.Contoh bagi setiap satunya akan diberikan berdasarkan petikan berikut:Jam biologi bukan sahaja penting secara saintifik, malah ianyamempengaruhi produktiviti dan kesihatan.Kesan jangka panjangakibat percanggahan antara jam biologi dan waktu kerja masih tidakdiketahui. Dalam jangka pendek, kesannya boleh dilihat ke atas tidur,sistem penghadaman, kadar kemalangan dan masalah sosial. (ms. 1000)Sumber: Rajaratnam, S. (2001). Health in a 24-hr society. Lancet, 358,ms. 999 – 1005.3.2.2.1 Penulisan secara petikanSetiap patah perkataan yang ditulis oleh penulis dipetik satu persatu untukmenyokong sesuatu hujah. Menulis petikan ini boleh dilakukan dengan tigagaya iaitu dengan gaya penekanan kepada penulis, gaya penekanan kepadaidea atau gaya petikan. Apabila petikan diambil terus dari sumber rujukan,ianya perlu dimasukkan ke dalam teks sekiranya kurang dari tiga baris bersertatanda petik (“ ”) dengan tanda noktah diletakkan di akhir ayat.(a)Penekanan kepada penulisDalam penekanan kepada penulis, nama penulis ditulis di awal ayat.Sebagai contoh;Rajaratnam (2001) merumuskan bahawa amalan waktu kerja yangbercanggah dengan jam biologi boleh “.dilihat ke atas tidur, sistempenghadaman, kadar kemalangan dan masalah sosial” (ms. 1000).Selanjutnya.(b)Penekanan kepada idea

18Dalam penekanan kepada idea, nama penulis ditulis di akhir ayat.Sebagai contoh;Amalan waktu kerja yang bercanggah dengan jam biologi boleh dilihatkesannya “.ke atas tidur, sistem penghadaman, kadar kemalangan danmasalah sosial” (Rajaratnam, 2001, ms. 1000). Selanjutnya.Dalam petikan teks yang melebihi tiga ayat, ia perlu diasingkandaripada teks sebagai satu para tersendiri dengan 1 cm ensotan ke kanan,diletakkan noktah pada akhir bahan petikan dengan tiada noktah diletakkanselepas menulis muka surat rujukan. Petikan hendaklah ditulis dengan langkausingle line. Sebagai contoh;Menurut penyelidikan tersohor (Rajaratnam 2001),Jam biologi bukan sahaja penting secara saintifik, malah ianyamempengaruhi produktiviti dan kesihatan.Kesan jangkapanjang akibat percanggahan antara jam biologi dan waktu kerjamasih tidak diketahui. Dalam jangka pendek, kesannya bolehdilihat ke atas tidur, sistem penghadaman, kadar kemalangandan masalah sosial. (ms. 1000)3.2.2.2 Penulisan secara parafrasaPenulisan secara parafrasa boleh digunakan untuk memperakukan maklumatdaripada penulis asal dengan menyatakannya semula dalam perkataan yangberbeza tanpa mengubah maksud asalnya dan tanpa memberi interpretasisendiri. Sebagai contoh;Rajaratnam (2001) berhujah bahawa di samping kepentingan saintifik,konsep jam biologi juga adalah penting dari sudut ekonomi dan sosialsesebuah negara. Beliau seterusnya memberikan contoh-contohmasalah kesihatan dan sosial yang berpunca dari percanggahan amalanwaktu kerja dengan jam biologi seseorang.3.2.2.3 Membuat kesimpulanPenulisan secara membuat kesimpulan boleh digunakan untuk menyatakanhujah utama penulis asal dalam perkataan anda sendiri tanpa mengubahmaksud asalnya. Sebagai contoh;

19Dalam kesimpulannya, Rajaratnam (2001) telah membuat rumusantentang kemungkinan-kemungkinan negatif ke atas kesihatan ekonomidan sosial negara apabila waktu kerja yang bercanggah dengan jambiologi sering diamalkan.3.2.3 Penulisan senarai rujukanSemua sumber yang disebut dalam teks tesis hendaklah disenaraikan dibahagian akhir teks di bawah tajuk “RUJUKAN”. Jangan gunakan tajuk“BIBLIOGRAFI” kerana ianya adalah senarai semua bahan yang dirujuktermasuk yang tidak disebut dalam teks.Susunan rujukan dalam senarairujukan hendaklah mengikut abjad. Bagi penulis yang sama yang mempunyaidua penerbitan atau lebih, nyatakan secara kronologi, misalnya penerbitan2002 oleh Suradi didahulukan sebelum penerbitannya pada 2007.3.2.4 Penulisan nama pengarangPada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama keluarga ataunama akhi

BAB 2 SAIZ DAN FORMAT 10 2.1 Kertas dan saiz 10 2.2 Jidar 10 2.3 Penomboran muka surat 10 2.4 Penomboran bab dan sub-judul dalam bab 11 2.5 Penaipan 11 2.6 Jarak dan format 12 2.7 Cetakan dokumen 12 2.8 Penghurufan dan lukisan 12 2.9 Bilangan maksimum muka surat 13 2.10 Penjilidan tesis 13 2.10.1 Warna kulit dan tulisan 13