Transcription

Pejabat Perundangan 1PEJABAT PERUNDANGANPENGENALAN TATATERTIB PEKERJAPENGENALANPersoalan disiplin pekerja adalah masalah yang sering dihadapi oleh mana-mana organisasi. Bezanyahanyalah dari segi jumlah kes samada banyak atau sedikit atau samada kes tersebut kronik atau tidak.Masalah yang sering dihadapi oleh organisasi berkaitan dengan kes disiplin pekerja ialah dari segipengendalian kes.Sekiranya kes disiplin pekerja tidak diuruskan dengan betul, kemungkinan besar kes tersebut tidak dapatdisabitkan atau organisasi akan gagal di dalam perbicaraan. Ini merugikan organisasi kerana dalampengendalian kes disiplin pekerja banyak perbelanjaan yang terlibat. Malah ini juga melambangkan organisasitersebut tidak profesional di dalam mengendalikan kes disiplin pekerja.Menyedari hakikat pentingnya kes disiplin pekerja ini dikendalikan dengan betul, maklumat tatatertib inidiwujudkan. Diharap para pembaca akan mendapat panduan mengenai pengendalian kes tatatertib pekerjadengan cara yang betul dan teratur.OBJEKTIFPara pembaca akan dapat:1.2.3.4.Memahami konsep dan peruntukan undang-undang tatatertib dalam pentadbiran Universiti.Menambah pengetahuan tentang pentingnya mematuhi peraturan tatatertib Universiti.Meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan tatatertib pekerja.Menggunakan pengetahuan mengenai cara-cara pengendalian kes tatatertib pekerja dalampentadbiran universiti.TAKRIF PENGURUSAN TATATERTIBSatu aspek pentadbiran dan pengurusan pekerja yang menguatkuasakan tatakelakuan pekerja.PENENTUAN KESALAHAN-KESALAHAN TATATERTIBKesalahan-kesalahan tatatertib adalah ditentukan melalui:1.2.3.Peraturan-peraturan mengenai kelakuan dan hukuman-hukuman yang boleh dikenakankepada pekerja seperti Akta-Akta, Pekeliling Perkhidmatan, Peraturan;Peraturan-peraturan mengenai kelakuan serta tatacara kerja berkaitan dengan JabatanJabatan tertentu atau kumpulan-kumpulan pekerja tertentu;Penentuan tugas-tugas serta tanggungjawab yang nyata bagi sesuatu jawatan itu.Dalam menentukan tugas/tanggungjawab seseorang pekerja, beberapa perkara perlu dipertimbangkan.Antaranya ialah:1.2.3.4.Matlamat Jabatan serta fungsi bahagian di mana jawatan berkenaan terdapat.Cara yang paling efektif bagi mencapai matlamat itu ditentukan dan tugas/tanggungjawabbagi jawatan itu disesuaikan dengan cara tersebut.Pembahagian kerja yang saksama dengan mengambilkira hubungan jawatan itu denganjawatan lain.Pekerja yang memegang jawatan itu diberi kesempatan untuk membincangkan denganKetuanya secara membina berkaitan dengan tugas-tugas serta tanggungjawabnya.Penentuan tugas/tanggungjawab membolehkan seseorang pekerja itu sedar terhadap apa yang diharapkandarinya dan yang patut dijauhi olehnya dalam menquruskan tugas-tugas serta tanggungjawab jawatannya.

Pejabat Perundangan 2Bagi tindakan tatatertib dan surcaj, pekerja Universiti Sains Malaysia adalah tertakluk di bawah AktaBadan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605),Peraturan Tatatertib adalah seperti berikut:Memastikan pekerja Universiti :i.Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;ii.Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;iii.Menjaga imej perkhidmatan Universiti; daniv.Yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.Di bawah Jadual Kedua, Bahagian II, Peraturan-Peraturan (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) telahmemperuntukkan berkenaan tatakelakuan yang perlu dipatuhi oleh pekerja. Tatakelakuan tersebutadalah seperti berikut:TATAKELAKUAN YANG MESTI DIPATUHIPeraturan 3, Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertibdan Surcaj) 2000 (Akta 605):1."Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setia yang tidak berbelahbahagi kepada Yang Dipertuan Agong, Negara, Kerajaan dan Badan Berkanun."Contoh pelanggaran:2.i.Bersubahat dengan musuh negara.ii.Membocorkan rahsia Kerajaan.iii.Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan."Seseorang pegawai tidak adabadanberkanundemikepentinganContoh pelanggaran:b.i.Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri / anak / saudara-mara dalamwaktu pejabat / tugas rasmi.ii.Menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara-mara / rakan-rakan dalammenimbangkan sesuatu permohonan."berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentinganperibadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun;"Contoh pelanggaran:i.c.Menguruskan tender / sebutharga sedangkan pekerja mengetahui ada di antaramereka yang mengemukakan tender / sebutharga terdiri daripada saudara-maranya"berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yangmunasabah bahawai.Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannyakepada badan berkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawaiberkanun; atau

Pejabat Perundangan 3ii.Dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan berkanunbagi faedahnya sendiri;"Contoh pelanggaran:d.-menggunakan dan memandu kenderaan jabatan untuk kegunaan sendiriseperti pergi ke pejabat dan balik dari pejabat, menghantar anak ke sekolahdan lain-lain.-menggunakan pekerja jabatan / alat / barang-barang jabatan untuk hal-halpersendiriannya seperti membersihkan tanah, kawasan rumah,mengangkat perabot rumah dan lain-lain."berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan / mencemar nama badanberkanun"Contoh pelanggaran:e.i.Disabitkan kesalahan jenayah / mahkamah syariah.ii.Berjudi di pejabat/waktu bertugas.iii.Terlibat dalam penyalahgunaan dadah.iv.Kesusahan berat kerana hutang.v.Menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi.vi.Melakukan gangguan seksual."kurang cekap atau kurang berusaha;"Contoh pelanggaran:f.i.Tiada inisiatif untuk menyelesaikan urusan kerja seberapa segera.ii.Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur dan bersistematik."tidak jujur atau tidak amanah;"Contoh pelanggaran:g.i.Tidak melaporkan harta atau pelaburan.ii.Membuat bayaran tanpa menyemak kerja-kerja yang diarahkan telah siap ataubelum.iii.Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri."tidak bertanggungjawab;"Contoh pelanggaran:h.i.Menghasut pekerja supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan tugas.ii.Menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan implikasi terhadap Jabatankhasnya dan Kerajaan amnyaiii.Mengambil cuti rehat disaat perkhidmatannya sangat-sangat diperlukan."membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untukmenyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadapbadan berkanun, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan manamana pegawai lain;"Contoh pelanggaran:i.Meminta ahli politik untuk menyokong permohonannya mendapatkan tanah Kerajaanatau rumah atau sesuatu jawatan.

Pejabat Perundangan 4ii.i.Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhiLembaga Pemilih Universiti untuk menaikkan pangkatnya."ingkar perintah;" danContoh pelanggaran:j.i.Membantah atau melawan pegawai atasan.ii.Membawa keluar fail terperingkat Jabatan tanpa kebenaran bertulis Ketua Jabatan.iii.Keluar negara tanpa kelulusan Ketua Jabatan."cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya."Contoh pelanggaran:i.Cuai memastikan barang-barang yang dibeli oleh Jabatan di masukkan dalamsenarai 'inventory'.ii.Menghilangkan harta Kerajaan dalam simpanan pegawaiLARANGAN-LARANGAN LAINDi dalam Akta yang sama, telah diperuntukkan larangan-larangan lain yang perlu dipatuhi. Larangan-laranganini boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu:1.Dilarang Sama Sekali2.Boleh Buat Dengan KebenaranDILARANG SAMA SEKALIPER.JENIS LARANGAN6MENYALAHGUNA DADAH8MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN10MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI DARIPADA EMOLUMEN RASMI DANPENDAPATAN PERSENDIRIAN YANG SAH11MEMINJAM WANG/MENJADI PENJAMIN KEPADA PINJAMAN TIDAK BERLESEN12KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS14MEMINJAMKAN WANG DENGAN FAEDAH15PENGLIBATAN DALAM PASARAN HADAPAN16LOTERI17PENERBITAN BUKU BERDASARKAN MAKLUMAT TERPERINGKAT19PENYUNTING AKHBAR / MAJALAH / JURNAL20KEGIATAN POLITIK PEGAWAI23TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI / KEBENARAN/SEBAB YANG MUNASABAHPek. Pentadbiran bil. 26/2001

Pejabat PerundanganLARANGAN YANG BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARANPER.4PENGECUALIANPEKERJAAN LUARPek. Pentadbiran bil. 7/2006KUASA MEMBERI KEBENARANKumpulan Pengurusan dan ProfesionalNAIB CANSELORKumpulan SokonganPENDAFTAR5ETIKA BERPAKAIANPek. Pentadbiran bil. 5/2006NAIB CANSELOR7MENERIMA HADIAH/ KERAIANKETUA JABATAN9PEMUNYAAN HARTAPek. Pentadbiran bil. 25/200118PERNYATAAN AWAM20KEGIATAN POLITIKi) KUMPULAN SOKONGANii) CUTI SEBELUM BERSARAJAWATANKUASA TATATERTIBMENTERILEMBAGA GABERNOR UNIVERSITIPENAMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAMBedasarkan kepada Sek 10 (1), Bahagian III, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta605], Jawatankuasa Tatatertib boleh memperakukan kepada Lembaga Gabenor Universiti supayaperkhidmatan seseorang pekerja ditamatkan demi kepentingan awam walaupun tiada prosiding tatatertibtelah dijalankan di bawah Akta ini.HUKUMANPeraturan 40, Bahagian VI, Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, AktaBadan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605). Jika seseorang pekerja didapati bersalahatas suatu kesalahan tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib boleh mengenakan mana-mana satu atau apa-apagabungan dua atau lebih hukuman yang berikut:i.Amaran;ii.Denda;iii.Lucut hak emoumen;iv.Tangguh pergerakan gaji;v.Turun gaji;vi.Turun pangkat;vii.Buang kerja.RAYUANJika seseorang pekerja didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib oleh suatu JawatankuasaTatatertib maka pekerja boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertibsepertimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian II, Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Tatatertib BadanBadan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).PENGENALAN TATATERTIB PEKERJA5

Pejabat Perundangan 6PROSES TINDAKAN TATATERTIB1.Tindakan Ketua Jabatan berkenaano kesalahan berlakuo panggil/beri nasihat/amaran lisan dan jika berulango beri surat tunjuk sebab dan jika (maklumbalas) tidak memuaskan/tiada jawapan/kesalahanberterusan, Ketua Jabatan melaporkan perkara ini kepada Urusetia Jawatankuasa Tatatertib.2.(i) Aduan/laporan daripada Ketua JabatanKetua Jabatan mesti kemukakan laporan pelanggaran tatatertib melalui borang pelanggaran tatatertibkepada Pejabat Perundangan. Laporan mestilah lengkap dan terperinci :Contoh:Laporan mestilah disertakan dengan:1.2.3.4.5.6.7.Nama pekerja, no. pekerja/kad pengenalan, jawatan,status(tetap/percubaan)dan Jabatan/Pusat/Pusat Pengajian.Tarikh/masa kejadian. Jika tidak hadir bertugas (perlu disertakan dengan rekodkehadiran sekiranya ada/tarikh dan masa kesalahan dilakukan.Nyatakan kesalahan yang dilakukan.Bukti kesalahan jika ada (contoh : gambar,buku rekod kedatangan/pengesahan doktor dan lainlain).Nama saksi (beserta no. pekerja/kad pengenalan, jawatan, Jabatan / Pusat / Pusat Pengajian).Dokumen/peraturan yang menetapkan prosedur Jabatan (jika ada).Lain-lain maklumat yang boleh membantu seperti surat amaran Ketua Jabatan dan lain lain.(ii) Aduan/laporan daripada pekerja terhadap Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang lebih tinggikedudukan darinyaPekerja berkenaan mesti kemukakan laporan bertulis kepada Pegawai yang bertanggungjawab terhadapKetua Jabatan beliau atau mana-mana pegawai yang lebih tinggi kedudukan dari Ketua Jabatantersebut. Contohnya :- Jika ia laporan mengenai Dekan di Pusat Pengajian, laporan tersebut mesti dikemukakankepada Naib Canselor dan salinan kepada Pendaftar sebagai rujukan.Jika ia laporan mengenai Pengarah di sesuatu Jabatan,Pusat, Institut dan sebagainya, laporantersebut mesti dikemukakan kepada Naib Canselor dan salinan kepada Pendaftar sebagairujukan.Jika ia laporan mengenai Ketua Unit atau mana-mana pegawai yang lebih tinggi kedudukandarinya di tempat kerja, laporan tersebut mesti dikemukakan kepada Ketua Jabatan beliau dansalinan kepada Pendaftar sebagai rujukan.MUSTAHAKLaporan yang dikemukakan mestilah lengkap dan terperinci seperti nama pekerja yang melaporkan, buktikejadian dan sebagainya. Sila ikut langkah 1-7 contoh laporan Ketua Jabatan. Sebarang aduan/laporan mestilahdilakukan dengan penuh tanggungjawab tanpa sebarang prasangka dan sebagainya.TAMBAHANUntuk Kes Tidak Hadir Bertugas Tanpa Sebab1.2.Ketua Jabatan memaklumkan Pejabat Perundangan untuk tahan gaji pekerja terbabit bagijumlah hari yang tidak hadir.Serahkan A.R. Berdaftar/Surat rasmi yang mempunyai akuan penerimaan untuk memintapekerja hadir bekerja dan selepas itu Ketua Jabatan lapor kepada Pejabat Perundangansamada tertuduh hadir (tiada khabar langsung).

Pejabat Perundangan 7Untuk Kes Jenayah1.2.3.Apabila Ketua Jabatan tahu pekerja terlibat dengan perbuatan jenayah, Ketua Jabatanhendaklah dapatkan laporan polis/mahkamah dan kemukakan maklumat tersebut kepadaUrusetia Tatatertib.Perakuan Ketua Jabatan untuk tahan kerja atau tidak.Setelah prosiding jenayah selesai dan pekerja didapati bersalah/tidak bersalah/rayuan ditolak Ketua Jabatan dapatkan laporan mahkamah - laporkan kepada Pejabat Perundangan.SOALAN LAZIMTINDAKAN TATATERTIBAdakah tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja boleh diambil ke atas pekerja yang telah bersarawajib, atas kesalahan yang dilakukan semasa dalam perkhidmatan?Tindakan tatatertib tidak boleh lagi diambil ke atas seseorang pekerja yang telah bersara kecuali jika tindakantatatertib telahpun dimulakan (pertuduhan telah dihadapkan kepada pekerja) sebelum tarikh persaraan itu, makatempoh perkhidmatan pekerja itu disifatkan sebagai telah dilanjutkan sehingga tindakan tatatertib ituberkeputusan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 10 Akta Pencen.Adakah tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pekerja yang telah meletak jawatan dari perkhidmatanawam?Tindakan tatatertib tidak boleh lagi diambil ke atas seseorang pekerja yang telah meletak jawatan. Tindakantatatertib yang sedang diambil juga tidak boleh diteruskan lagi selepas peletakan jawatan tersebut.Apakah tindakan yang sesuai diambil terhadap pekerja dalam percubaan yang melakukan kesalahantatatertib kerana tindakan melalui proses tatatertib akan mengambil masa yang lama?(i) Dari segi peraturan, tindakan tatatertib hingga ke peringkat buang kerja boleh diambil terhadap pekerja dalampercubaan, terutama jika mereka telah melakukan kesalahan yang serius.(ii) Pilihan lain ialah Ketua Jabatan memperakukan kepada Universiti supaya pekerja tidak disahkan dalamperkhidmatan. Berdasarkan perakuan itu, Universiti boleh menamatkan perkhidmatan mereka.(iii) Pekerja dalam percubaan sepatutnya lebih berdisiplin dan mengelak diri daripada melakukan kesalahantatatertib. Tujuan tempoh percubaan ialah untuk memberi peluang kepada pekerja membuktikan kesesuaian dankebolehan mereka sebagai pekerja Universit. Oleh itu Ketua Jabatan perlu lebih tegas mengendalikan kes salahlaku mereka.Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan jika pekerja memperolehi sijil sakit palsu danadakah wajar seorang Ketua Jabatan meluluskan cuti sakit bagi kakitangan yang mengemukakan sijilsakit dari klinik swasta?Perlu diingat bahawa sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar (doktor) ituadalah sebagai satu perakuan/pengesahan bahawa pekerja kurang sihat dan disyorkan berehat pada tarikh yangdinyatakan. Jika Ketua Jabatan bersetuju dengan pendapat doktor itu maka pekerja bolehlah diluluskan cuti sakit.Pada tarikh pekerja disahkan tidak sihat itu mereka sepatutnya berehat di rumah atau di hospital. Jika dapatdibuktikan pekerja tersebut memperolehi sijil sakit secara tipu/palsu, atau mereka didapati tidak sakit seperti yangdilaporkan oleh doktor, maka Ketua Jabatan boleh tidak meluluskan cuti sakit seperti yang dipohon danmengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap mereka.Dengan tindakan di atas Ketua Jabatan tidak mempersoalkan integriti doktor yang memeriksa pekerja. sebaliknyaKetua Jabatan hanya mempersoalkan integriti pekerja terbabit.

Pejabat Perundangan 8Jika Urusetia Tatatertib mendapati terdapat kesilapan dalam prosedur tindakan tatatertib terhadapseseorang pekerja, bilakah sepatutnya Urusetia Tataterib boleh membuat proses semula berhubungdengan tindakan tatatertib berkenaan?Jika surat pertuduhan belum dikeluarkan kepada tertuduh, kesalahan/pertuduhan yang dikenakan ke atastertuduh boleh dibuat semula. Sebaliknya jika surat pertuduhan telah dikeluarkan kepada tertuduh, maka Urusetiaperlu membatalkan prosiding tindakan tatatertib dan bukannya membatalkan pertuduhan yang dikenakanterhadap tertuduh.Urusetia perlu menyemak segala dokumen, peraturan yang digunapakai sebelum laporan pelanggaran tatatertibdihantar kepada Jawatankuasa Tatatertib bagi memastikan prosedur tindakan tatatertib dilaksanakan denganteratur.Pertuduhan yang dikenakan terhadap pekerja kabur / tidak jelas sehingga menyulitkan mereka untukmempertahankan diri dan / atau melemahkan peluang Universiti untuk menang jika kes tersebut dicabardi mahkamah. Untuk itu, bagaimanakah mengatasi masalah ini?Setiap pertuduhan perlu jelas, terperinci dan spesifik. Tuduhan perlu menyatakan jenis kesalahan, tarikh, masadan tempat kesalahan tersebut berlaku. Misalnya, jika pekerja dituduh memberi isyarat lucah, perlu dijelaskanbagaimanakah isyarat itu telah ditunjukkan; bila ianya dilakukan; dan di mana. Lebih baik lagi jika dinyatakansekali saksi yang boleh mengesahkan dakwaan itu. Dokumen atau keterangan sokongan juga perlu disertakanseperti teguran / amaran (lisan/bertulis), surat tunjuk sebab dan sebagainya.Adakah ‘oral hearing’ dibenarkan dalam perbicaraan kes tatatertib?Peraturan yang berkuatkuasa sekarang adalah berdasarkan Akta Badan -Badan Berkanun (Tatatertib DanSurcaj) 2000 Akta 605 dan akta ini tidak membenarkan perbicaraan kes tatatertib dibuat melalui oral hearing.Perbicaraan yang berdasarkan kepada representasi bertulis sudah memadai dan berpadanan prinsip hak untukdidengar.Bolehkah Jawatankuasa Tatatertib bersidang untuk menjatuhkan hukuman ke atas pekerja sekiranyatempoh representasi pembelaan diri pekerja belum tamat 21 hari?Walaupun seseorang pekerja telah mengemukakan representasi pembelaan dirinya dalam masa 1 hari, namunJawatankuasa Tatatertib mestilah menunggu sehingga 21 hari untuk bersidang. Ini kerana JawatankuasaTatatertib hendaklah mematuhi prinsip keadilan iaitu hak untuk didengar. Kegagalan mematuhi prosedur/tatacaraserta prinsip-prinsip perundangan tersebut akan menyebabkan kecacatan terhadap sesuatu tindakan tatatertibdan boleh menyebabkan keputusan yang telah dibuat itu menjadi tidak sah.TIDAK HADIR BERTUGASApakah tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas seseorang pekerja yangtelah ditangkap / ditahan oleh pihak Polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyakimelakukan jenayah.?Tangkapan seumpama ini dianggap sebagai tangkapan kerana membantu siasatan (reman). Ketidakhadiranbertugas bagi tempoh pekerja ditahan itu adalah disifatkan sebagai dengan sebab yang munasabah. Walaubagaimana pun sekiranya pekerja masih tidak hadir selepas dibebaskan sama ada dengan ikat jamin dansebagainya, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan bagi ketidakhadiran selepas dia dibebaskan itu.Bagaimana menguruskan masalah pekerja yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas secara tidakkonsisten iaitu kadang-kadang hadir, kadang-kadang tidak?Tindakan hendaklah dimulakan sebaik-baik sahaja pekerja melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggusehingga jumlah hari yang mereka tidak hadir itu mencapai jumlah tertentu. Pada peringkat awal kesalahan itudilakukan dan jumlahnya masih sedikit, pekerja tersebut sebaik-baiknya diberi nasihat dan bimbingan. Tindakantatatertib adalah langkah terakhir, iaitu jika tindakan awal tidak berkesan.Berapakah tempoh yang boleh dianggap Tidak Hadir Bertugas?Tiada disebut tempoh di dalam peraturan. Mengikut Peraturan 23, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib DanSurcaj) 2000 Akta 605, menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dantempat pekerja itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

Pejabat Perundangan 9Apakah kesan kepada pekerja yang tidak hadir bertugas dipanggil semula untuk bertugas dan kemudiandikenakan tindakan tatatertib?Jika ini berlaku seolah-olah pemaafan (condonation) telah diberikan kepada pekerja terbabit kerana tindakantatatertib hanya diambil setelah suatu tempoh masa yang panjang.Integriti seseorang Ketua Jabatan dan agensi sudah pasti akan dipertikai dan diperlekehkan oleh pekerjabawahannya jika Ketua Jabatan tidak bersungguh-sungguh dalam mematuhi Peraturan-Peraturan dalam Akta605.Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘Tidak hadir bertugas secara berterusan’?Ia bermaksud apabila seseorang pekerja tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempatpekerja itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Jika seseorang pekerja tidak hadir bertugasmulai 1.1.2000 hingga 31.12.2000, maka tarikh-tarikh beliau tidak hadir tidak perlu dinyatakan secara spesifik.Pekerja hanya datang pagi dan petang untuk mengetip kad perakam waktunya. Beliau sebenarnya tidakbertugas. Bolehkah pekerja dikenakan tuduhan ‘tidak hadir bertugas’?Tuduhan yang sesuai dikenakan kepada pekerja ialah TIDAK HADIR BERTUGAS. Jika tuduhan ini bolehdibuktikan melalui saksi dan bukti berdokumen yang lain (jika ada) yang dapat memperlihatkan tempoh masabeliau tidak bertugas, kesalahan ini sama seriusnya dengan kesalahan tidak hadir bertugas.PENYALAHGUNAAN DADAHBolehkah tindakan tatatertib diambil terhadap pekerja yang diketahui menagih dadah?(i) Jika pekerja telah menagih dadah sebelum dilantik tetapi tidak diisytiharkan dalam sumpah berkanunnya,pekerja boleh dituduh membuat sumpah palsu. Jika pelantikan mereka belum disahkan, pelantikan itu bolehdibatalkan.(ii) Jika pelantikan pekerja telah disahkan, Ketua Jabatan boleh perakukan supaya pekerja tidak disahkan dalamperkhidmatan dan seterusnya perkhidmatan beliau ditamatkan.(iii) Jika pekerja telah disahkan dalam perkhidmatan, tindakan tatatertib hingga ke peringkat buang kerja atauditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam boleh dipertimbangkan.Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pekerja dikategorikan sebagai mengambil/menyalahgunakandadah sehingga dikenakan tindakan tatatertib buang kerja?Peraturan 6 Akta 605 menjelaskan apabila seseorang pekerja yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaanmenyalahgunakan atau menagih dadah, pekerja boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja.Walau bagaimanapun ia terpulang kepada budi bicara Jawatankuasa Tatatertib berkenaan sama ada tindakantatatertib yang dikenakan terhadap pekerja bagi tujuan buang kerja atau bukan tujuan buang kerja kerana ianyaberdasarkan kepada merit kes atau mitigating factors.KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUSBagaimanakah yang dikatakan seseorang pekerja berada dalam keterhutangan kewangan yang serius?Jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya. Ini bermaksud baki gaji akhiradalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian pekerja awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripadaemolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%.Apakah peranan Ketua Jabatan jika didapati pekerja bawahannya mengalami keterhutangan kewanganyang serius?Ketua Jabatan perlu memantau dan memperingatkan pekerja di bawah jagaannya supaya mematuhi surat-suratpekeliling dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. Sekiranya pekerja bawahannya masih tidak mematuhisurat-surat pekeliling dan berada dalam keterhutangan kewangan serius, Ketua Jabatan perlulah bertanyakepada pekerja bagaimanakah ia menyelenggara kehidupannya. Walaupun mempunyai keterhutangan kewanganyang serius, tetapi pekerja telah menunjukkan prestasi kerja yang baik serta tidak melanggar tatakelakuanperkhidmatan awam di bawah Peraturan 3 Akta 605, maka tindakan tatatertib tidak perlu diambil. Ketua Jabatanperlulah memantau secara berterusan supaya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak berlakupenyalahgunaan kuasa.

Pejabat Perundangan 10Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:-Pejabat PerundanganUniversiti Sains MalaysiaAras 2, Bangunan E42, Canselori II11800 USM, Pulau PinangNo. Tel : 04-6536606 / 6607 / 6608No. Fax : 04-6536597Web : http://legal.usm.my

diwujudkan. Diharap para pembaca akan mendapat panduan mengenai pengendalian kes tatatertib pekerja dengan cara yang betul dan teratur. OBJEKTIF Para pembaca akan dapat: 1. Memahami konsep dan peruntukan undang-undang tatatertib dalam pentadbiran Universiti. 2. Menambah pengetahuan tentang